Ini Blog Saye

Tuesday, August 10, 2010

Menantu...

Seorang lelaki... datang kerumah bapa mertua kerana jarang berjumpa... kerana ingin melihat kebolehan dalam bidang agama... bapa mertua suruh menantunya menjadi iam solat subuh... kesilapan berlaku apabila menantu tersebut solat subh 3 raka'at... sesudah selesai bapa mertua bertanya kepada menantunya "kenapa solat subuh buat 3 raka'at?" si menantu menjawab "la... ye ke? ingatkan dah 4 raka'at td..."

Jangan tido dlm kelas

tersebutla kisah... seorang anak org Asli (AOA) sedang mempelajari sejarah... AOA terlalu mengantuk semasa kelas sedang dijalankan... tiba2x cikgu(c) bertanya kepada AOA...
c: Ha kamu, siapa yang menandatangani perjanjian kemerdekaan Malaysia (dalam suara lantang kerana tahu AOA sedang khayal nak tertidur)
AOA: (dengan terkejut) "bukan saya cikgu!!!"

selepas kejadian itu AOA sudah tidak hadir kesekolah... membuatkan cikgu memanggil Ayah AOA dan memberitahu ketidak hadiran AOA dan sebabnya... sesudah itu, Ayah AOA pulang berjumpa dgn Anaknya...

Ayah AOA: "Nak, ko mengakujerla ko yang tandatangan..."

Kemudian Ayah AOA pergi semula kesekolah untuk berjumpa dgn c...

Ayah AOA: "Cikgu, susahla... Anak saya tak nak mengaku..."

Saturday, July 24, 2010

kenapa org melayu kuat2x belaka...

Orang melayu kuat2x kerana makanan diorang pucuk paku, ubi kayu & belimbing besi. Minum pula air batu... heh2x

Thursday, July 8, 2010

terfikir pula...

Hmm... minggu ni 4 org sentuh pasal kahwin keatas diriku... adus... masalah betul... Tp fikir2x balik memang faiz ni agak tua... Bila tua2x ni 1 jer teringat... nak ambil tahu... (BUKAN BZ BODY K?)... nak ambil tahu kenapa faiz hidup... Mcm mana nak berjaya kat Akhirat... mcm mn nak berjaya kat dunia... mcm mn nak mula study (OI NIZAM AMIN! MANER? JOMLA STUDY...) Asyik memanjang tgk org study...  gila2x... sampai dah umur 55 study lg... sah tak tahu nak buang masa kemana... Betul gak... dalam islam pun suruh kita ni study... Untuk Agama Islam juga... klu kita jadi org terpandai dalam dunia sebab study pun org akan tgk... Orang Islam ke bukan... Biasanya klu org Islam terkenal memang gempakla... nak2x zaman skrg...(ok sambung balik pasal Faiz)... masalahnyer Faiz ni nak dapat Hasil memang Lambat yang teramat... tak dinafikan Oleh AL-Fadhil Ayah Faiz (Fuh! Faiz bangga dgn Ayah Faiz yang bukan namanya Fadhil)... memang Faiz klu nak berjaya slow sgt2x (Walaupun kerja dgn Berjaya Air sdn bhd)... Bayangkan nak bergambar dgn watak kartun pun umur 27 baru dapat... tak caya tgk ni...


Sama gak masa sekolah dulu... Tulisan rumi darjah 3 baru tahu baca... Tulisan Jawi darjah 5 baru tahu baca... Lembab sgt2xkan.... TP Perkara lambat dalam hidup faiz biasanya INSYA'ALLAH hasilnya ALHAMDULILLAH... Tgk2x jerla nanti k? Cuma harap2x 1 jer... Klu Ajal sampai dulu dari Hasil... tu dah ketentuan Faiz... Nak buat mcm mn yek? terpaksa pulangkan balik barang yang kita pinjam...Doa2xkan jerla Yek?

Saturday, June 26, 2010

ayahku bergaduh dgn org kelantan (cerita tersebut ada sebanyak rekaan)

Ayahku seorang penghulu... Panggilannya 'Tok' untuk org yg dtg ingin meminta tlg. Tidak ku tahu dari mana cerita ini berlaku... cuma ayah aku terus bercerita semasa ayahku berborak dgn org kelantan ayahku menyebut... aku tahu, org kelantan tak tahu kijang...berikut adalah dialog tersebut

Ayahku: aku tahu, org kelantan tak tahu kijang tu apa dia.
org kelantan: Eh, apa tak tahu pulak, dari aku belum sekolah aku tahu kijang tu apa dia.
Ayahku: jangan nak tipu, ko org kelantan memang tak tahu kijang tu apa dia.
Org kelantan: Tok ni jgnla mcm tu, main fitnah org kelantan tak tau kijang, tp mungkin org bandar asal    
                     kelantan tak taula
Ayahku: Ah! memang org kelantan kg ke Org kelantan bandar ke tak tahu kijang tu pa dia.
Org kelantan: Eh! Tok ni, knp ckp mcm tu?
Ayahku: Sebab org kelantan sebut kije, bukan kijang.
Org kelantan: Ah! yela, Tok betulla mcm tu.

Makan burger tepi jalan yang dahsyat...

suatu tghr... aku balik dari sekolah... sedang  menunggu ayahku menjemput aku di tepi jalan... perut ku lapar... teringat pula burger yang ku beli semalam di kota raya (hebat tak hebat simpan burger petang smlm makan tghr ni)... burger tu adalah burger special berharga rm 2. burger daging bersalut telur... penuh dgn mayonis dan sos cili...(tak payah upload gambar kot)... sedang ku duduk ditepi jalan sambil memerhati bdk2x sekolah rendah bermain-main. Aku pun mula membuka bungkusan burger tersebut dan mula menjamahnya... tiba2x... ada seorg bdk india menegur ku (DEI!!! teguran seorg india) sambil menunjuk sesuatu didepanku... aku pun memandang sedikit kebawah dihadapan ku... memang terbaik!!! bdk tu memang hebat... kulihat bangkai anak anjing yang telah leper sampai hitam didepanku... kerana kontrol macho... aku terus melahap burger special tersebut sampai habis walaupun di tekak ku terasa sesuatu yang dahsyat... sampai sekarang aku masih mengingat untuk melihat sekitar ku dahulu sebelum makan...

Mimpi

Tajuk diatas merupakan cerita pertama mimpi yang aku ingat sampai sekarang... cuma sudah lupa tarikh dan waktunya... kisah kali ini merupakan mimpi yang agak lawak berlaku pada  ku... Sudah ku lupa tarikh... sudah kulupa waktu... sudah kulupa jua umurku ketika itu... cuma yang aku ingat mimpi tersebut pada hari cuti persekolahan berlaku diatas katil rumahku di cheras (tu pun ntah betul atau tidak)... mimpi tersebut menunjukkan aku di restoran macdonald's... direstoran tersebut aku teringin nak makan big mac
(untuk rujukan anda inilah big mac

 (ntah mana dpat nama)... sesudah big mac tersebut siap disediakan... dgn tak baca BISMILLAH aku terus pegang dan sumbatkan kemulut ku... tetapi aku hairan... kerana big mac tersebut tiada perasa... liyat dan susah untuk dikoyakkan... setelah sekian lama barulah aku sedar... aku sedang menggigit sehelai selimut yang berwarna kuning milikku... aduhai... mengigau makan big mac sampai termakan selimut...

Thursday, June 24, 2010

kisah cikgu ku dikejar sesuatu

Suatu hari... cikguku sedang berjalan didalam hutan... (tidak tahu untuk apa)... Mungkin menikmati kesejukan embun pokok... sambil menenangkan mata melihat tumbuhan hijau... ataupun ingin menguji kesabaran meredah hutan dgn belajar mengawal keseimbangan badan... (maklum... cikgu silat) tiba2x dia ternampak se ekor makhluk yang sangat hitam... dimulut makhluk itu terdapat taring menaik macam mamee monster... bezanya mamee monsteer taring 1... seperti gambar dibawah...

Tetapi makhluk ini taringnya 2


                                                 
begini jugalah rupa makhluk tersebut... Dan2x Cikguku dikejar oleh makhluk ni (tak baik sebut nama)...
Cikguku teringat kata2x org tua2x lari membelok sebab benda ni kejar kita semborono (faham tak?) semborono tu mcm main terus lurus jer... Cikguku didalam kekalutan mengikut kata2x org tua2x tersebut... Tetapi tersilap 1 perkara


sepatutnya cikguku membelok 1 arah... tetapi jd mcm ni pula... Nasib cikguku baik kerana tidak silap aku ada sebatang pokok didepan cikguku... dengan berkat berlatih kekuatan kaki cikgu ku melompat terus memanjat dahan pokok yang tinggi dan duduk diatas pokok tersebut sehingga makhluk tersebut beransur pergi... Itupun setelah makhluk tersebut berjaya menanduk pokok yang cikguku panjat sampai bergegar mcm gempa bumi pokok tersebut (kesian pokok)

Monday, June 7, 2010

kisah benar minang & banjar...

Opah ku (nenek belah mak) = minang
nenek ku (nenek belah ayah)=banjar

Opah ku melawat ibu dan ayahku. kebetulan nenek ku ada dirumah itu... Opah ku tidak dapat berjumpa ibuku kerana ibuku ketandas... Opah ku bertanya kepada nenek ku... "MIMI mana (nama ibuku)" nenek ku menjawab "MIMI Berkameh (Buang air kecil dlm bhs banjar)" Opah ku bertanya kembali "MIMI Berkemeh nak kemana?"

kenapa Boleh dikatakan ninja kalah dgn silat di Malaysia?

Ninja: teknik balingan shuriken!!!
Silat: ha... dah lama aku fikir kuih tat raya tahun ni nak buat bentuk apa...

Ninja: teknik pembahagi bayang!!!
Silat: ha... bagus2x, buatla ramai lg... aku nak pindah rumah dah lama. Orang kg tak nak tlg angkat rumah aku ni...

Ninja: teknik berjalan panjat batang pokok!!!
Silat: Woi!!! sarang tebuan atas tu Woi!!! klu lebah blh tlg ambil madu...

Ninja: teknik seruan!!!
Silat: La... awat hantu raya hang bentuk katak ni? pilihla bentuk lain... Boleh tlg aku jaga sawah...

Ninja: Teknik penyamaran!!!
Silat: Eh! minta tlg? bini kat rumah aku tu garang betul... hari2x ko dtg menyamar ganti aku dgr dia mengamuk blh?

Ninja: Teknik rasengan!!! (naruto)
Silat: Uh!!! lega... panas betul hari ni... Buat besar sikit jurus tu... apa ko panggil? gasing?

Ninja: Teknik chidori!!! (naruto "jurus sasuke")
Silat: ni tgk rumah aku ni dah sebulan takder letrik sebab tak bayar... tlg cas Hp aku ni...

Ninja: Teknik melarikan diri dgn kepulan asap!!!
Silat: Woih!!! aku tak habis lg nak minta tlg ko ni... ni asap ni mcm asap rokok Marlboro... Bgla sebatang...

langgar lampu merah

Ali seorang pemandu yang gemar melanggar lampu merah... dgn alasan 1 shj... (abg aku selalu buat mcm tu)... suatu hari... ali membawa abu bersiar2x menggunakan kenderaan yang tidak diketahui motorsikal @ pun kereta @ pun basikal (ah! Whatever)... lampu trafik pertama (merah)... Ali dgn selamba tidak ambil kisah dan terus jalan Walaupun Lampu Merah... Abu Bertanya "apasal ko tak ikut lampu tu?" Ali menjawab "Abg aku selalu buat mcm tu"... Lampu trafik ke-2 (merah) Seperti biasa... Ali dgn selamba tidak ambil kisah dan terus jalan Walaupun Lampu Merah dan abu bertanya lagi "Eh! ko dah gila ke buat mcm ni?" Ali menjawab "Ko jgn risau... Abg aku selalu buat mcm tu"... Akhirnya Lampu trafik ke-3 (hijau) Dgn cemas Ali menekan brek utk memberhentikan kenderaan dgn mengejut. Dgn Nada mara abu bertanya "Eh ko ni dah gila ke? tu lampu hijau ko berenti buat apa?" Ali dgn cemas menjawab "Ko Tau tak? aku risau Abg aku yang suka langgar lampu merah kat simpang sebelah... jap lg masak kita kena langgar dgn Abg aku dari tepi klu aku jalan td... tu yang  aku berentikan kenderaan ni... nak tgk abg aku7 ada ke tak".

Friday, May 14, 2010

kisah kedai samad

Samad, seorang manusia biasa. tak tau kenapa dikatakan biasa. mungkin kerana samad adalah panggilan biasa, atau pun kerana samad seorang yangt sudah biasa. tidak tahu apa yang telah samad biasa. kita tinggal sahajalah perkara biasa tentang samad. samad merupakan seorang yang bercita2x untuk menjadi seorang usahawan (entah berapa byk kali hendak menggunakan perkataan seorang). Pada mulanya samad mengikut ayahnya berniaga kedai runcit. tidak tahu dimana ayahnya buka kedai runcit kerana cerita ini adalah cerita rekaan semata2x. juga tidak tahu sejak bila ayah samad membuka kedai runcit (dah lari topik cerita pasal ayah samad pula). dari kecil samad mengikut ayahnya berniaga kedai runcit (takkan asyik ulang ayat mengikut lg). sesudah besar, samad menjadi seorang yang kreatif. samad memulakan perniagaannya dikedai runcit ayahnya dulu (sebab takder modal) dgn menjual barangan rekaannya sendiri. Akhirnya samad berjaya menjual barangannya mengikut (guna mengikut lg) harga pasaran bandar. setelah dibandar, samad berjaya membuka kedai barangan rekaannya keluar negara. Tetapi, samad mula lupa diri, dia tidak ingat nama asalnya (dah mula cerita sedih ke?). Diluar negara, samad sudah mula dikenali ramai. Akhirnya, samad betul2x lupa siapa nama sebenar dia (dah nak sampai penghujung). Dari luar negara, samad terlalu lupa (berapa kali pula nak guna lupa?). Akhirnya (dah 2 kali Akhirnya). samad menukar nama kedainya kepada nama SMART SHOP. (LA... tu jer... ces... hampes... rugi jer baca)

Saturday, May 8, 2010

Malam

Heningnya suasana maya
Ketengangan malam mendamaikan jiwa
Bukti kebesarannya Yang Esa
Yang Maha Kuasa

Malam yang menggantikan siang
Menepati waktunya
Malam membawa kegelapan
Selimuti alam semesta

Bersyukur atas rahmat Nya
Pencipta segala, ya Allah
Penentu segala

Malam bagaikan ada tersimpan
Sejuta rahsia
Malam dihiasi bintang-bintang
Keindahan tiada taranya

Dia satu-satunya
Penggerak segala
Pentadbir alam semesta
Segala yang ada adalah milik nya
Tuhan Yang Maha Esa

Di malam yang sepi
Yang menyentuh hati
Kurasa terharu menginsafi diri

Di malam yang sepi
Di saat yang murni
Kupanjatkan doa kepada Ilahi

Di malam yang sepi
Di saat yang murni
Kulafazkan syukur kepada Ilahi

Di malam yang sepi
Kupasrah kepada Ilahi

http://www.youtube.com/watch?v=rvn0cxi5F0g

Friday, May 7, 2010

Tak Lupa

Kepada Idati Malek... ( http://daricahayahati.blogspot.com)
Sebab tlg memangkinkan Faiz Utk aktif dlm blog
& tlg mengubah suai Blog Faiz.

Thursday, May 6, 2010

tips melupakan seseorg yang pernah dicintai

1. utk lupekn seseorgg
2. jgn cuba mengingatkan dan jgn cuba lupakan die..biarkn j dye dlm fikirn tu diam
3. jgn ade cntact lgsung..

SEBUAH PENGHARGAAN UTK FADZLINA

http://ena-fuzz.blogspot.com

Thursday, April 29, 2010

tgh rehatkan pinggang

senyum wlupun letih.

kenalkan

walaupu faiz pki smart tp bukan kerja ofis tau...

tgh buat kerja

stail tak buat kerja mcm ni...

Wednesday, April 28, 2010

kisah ayahku bermain skate board dalam sungai

Di sebuah kg bernama sungai besar. tampat tinggal ramai penduduk berbangsa banjar termasuk aku wlupun aku tidak tinggal disitu. ayah seorang petani... tetapi gemar menjala udang galah diparit depan kg ku. setelah sekian lama idak menjala... ayahku turun ke parit utk mencuba nasib... (klu dpt ikan duyung terharu)... setelah beberapa kali ayahku menebar jala (bukan roti canai yek? jala) tiba2x jala ayah ku tersangkut. ayahku turun ke sungai untuk mencari punca sangkut jala tersebut... pada masa itu aku berada di tepi parit... sedang ayahku cuba melepaskan jala tersebut... tiba2x aku ihat ayahku meluncur laju didalam parit itu dalam keadaan berdiri... kemudian jala ayahku terlepas... setelah ayahku naik kedarat... jala tersebut kelihatan koyak teruk... aku dan ayahku pulang dengan seribu persoalan... setelah puas bercerita barula ada sorg kulaanku memberi tahu.. tak ingat ke dulu ada buaya terlepas dalam parit tu?... barulah aku fahm rupa2nya ayahku bermain skate board menggunakan badan buaya  semas dalam parit td.. FUH!!! HORMATLA KAT AYAH... YOU ARE MY HERO AND MY MUM IS THE HEROIN...!!!

kisah 3 sahabat berdarah

lebai malang, pak pndir, pak kaduk berjumpa. mereka bertiga bercadang untuk beradu siapa hebat. ke3-3 mereka boleh terbang dan kuat. pak kaduk mula dahulu. dia terbang dan pulang dalam seminit. dalam keadaan berdarah. lebai malang kehairanan dan bertanya "kemana telah kamu pergi?" pak kaduk menjawab "KO NAMPAK KAMPUNG TU?  aku pergi membunuh semua org 1 kampung itu". lebai malang tidak puas hati. lebai malang terbang dan kembali dalam 25 saat dalam keadaan berdarah. pak pandir pula bertanya "kemana telah kamu pergi?" lebai malang menjawab "KO NAMPAK BANDAR ITU? aku pergi membunuh semua org 1 bandar itu". kerana terasa tercabar pak pandir dengan sekuat tenaga dia melompat dan terbang dngn laju. dalam 5 saat sahaja dia telah kembali dgn keadaan berdarah yang byk lebih dari pak kaduk dan lebai malang. kerana terlampau terkejut lebai malng dan pak kaduk bertanya dgn serentak"kemana telah kamu pergi?". pak pandir kembali bertanya "KO NAMPAK TIANG TU? aku tak nampak"... kesian pak pandir...

Monday, April 26, 2010

cuba teka yang ni pula???


 masa ni mmang ikan jerung

hikayat sang Abu

Aku bernama abu... ramai kawan2x berdekatan ku bernama Abu... di kejiranan ku bernama mas... tempat tinggal ku berkedudukan tinggi... ada kalanya ada kawan2x ku yang bernama Abu terjatuh dari kedudukannay... mas juga mempunyai ramai teman bernama mas... tetapi mas sudah berusia dari aku... Oleh itu kebanyakan kwn2x mas juga telah pergi... suatu hari... di usia hampir matang... terjadi sesuatu dikediaman ku... rumahku bagai diserang... aku terjatuh diatas kwn2x ku... kemudian satu demi satu kawan ku diambil... akhirya... giliran aku pula diambil... anggotaku dipotong... kulitku disiat... badan ku dipotong 4 bahagian... kemudian aku dicampak kedalam cecair berwarna putih kekuningan... aku dapat dgr sesuatu yang bising wlupun didalam cecair tersebut. kemudian badan ku diangkat... tubuhku dihumban kedalam satu tempat yang yang penuh cecair amat panas...cecair putih yang mengelilingiku menjadi 1 busa yang amat keras utk aku rasa... kemudian... sesudah sekian lama... aku diangkat dari tempat itu... aku diletakkan isatu tempat yang berjaring... kemudian... aku terdengan seperti satu mesin penghancur... kerrrup3x. sungguh ngeri bunyi itu... kemudian aku diangkat kedalam mesin itu... aku pasrah... inilah nasib ku... mesin itu terangkat kemudian tertutup... terdapat bahagian lembut dan keras didalam mesin itu... busa yang melindungi tubuhku turut terhancur... sesudah aku lumat... aku terjatuh disatu tempat yang gelap... rupa2xnya inilah jodoh ku... aku dapat bertemu jiran ku yang bernama mas semula... aku berjaya bersatu dgnnya selma2xnya... itulah hikayat ku... sebagai sang Abu... atau lebih ikenali sbg (pisang Abu) heh2x

Sunday, April 25, 2010

berkorban demi ayah...

inilah hp aku. 2 hp.
setalah digantikan dgn hp maharajah ku (Ayah)

tiru meniru kerjaku

bagaikan lagak seorang super hero. dgn baton ditangan (sebenarnya pengumpil) baju jaket biru (yang dah koyak rabak dan baju berlambang naga vietnam (hadiah kwn persilatan). tak lupa ear pluk telinga (sbnrnya tgh dgr lagu). di belakangku lambang dan bendera silat seni gayong (baru beli). baton tu diletak atas bahu (sebenarnya nak ketuk bahu skit. dah tua2x sengak bahu pula.). itu lah faiz didalam gambar ni. mcm samsengkan? kena berlasah dgn cikgu jd kain buruk. heh2x

Saturday, April 24, 2010

be silence... just great...

seronok bila senyap... sebab faiz dah memang sentiasa kesunyian... lg pun... bila hidup faiz seronok sangat... mesti benda tak best berlaku...  bukan kira percaya atau tak... tapi memang berlaku... dari kecil pun ustazah ckp jgn seronok sangat... nanti menangis... betul ckp diorg... memang tak tertulis dalam mana2x Al-Quran & hadith... tp memang lumrah manusia... bila dilanda kesusahan mesti benda best berlaku... tp bila dilanda kesenangan akan berlaku juga kesusahan... mcm kata pepatah hidup ibarat roda... kadang2x atas kdg2x bawah... sama juga maksud hidup ni lepas senang mesti susah lepas susah mesti senang... Jd utk elak dari kurang bersedia utk hadap kesusahan @ kesenangan... senyap jer... Yang penting bila susah MASYA'ALLAH@ASTAGHFIRULLAH... bila senang ALHAMDULILLAH...

Aku tak sengaja mengenakan hantu padahal hantu tu nak mengenakan aku.

1 malam. aku tidor dngn nyenyak mlm2x yang seperti biasa. katilku bersandar pada dinding. kepalaku menghala kiblat. dalam jarak 3 kaki ukuran dari kaki sebenar aku (takut confius) adalah sebuah pintu berwarna coklat. Tiba2x aku terjaga dari tidur. tak silap aku masa tu tgk jam pukul 3 pagi. Kemudian aku menoleh kearah pintu. Berdiri seekor (sebab hantu nak ckp seorg tak blh) Lembaga.Rambut panjang mengurai kedepan menutup muka. Jubahnya Berwarna hitam (Lain dari lain sebab selalu warna putih). sepatutnya Aku terkejut dan menjerit. Tapi dalam hatiku berkata Ah! esok kerja... Mengantukla... malas nak layan lagu rock pagi2x buta ni (menjeritla tu). kemudian aku memusing kekanan membelakangkan dia dan terus sambung tdo... Best wo... mesti lembaga tu ckp (penat2x aku muncul takder siapa nak sambut)... heh2x... Kesian dia... tp harap2x lepas ni tak muncul lg... fikir2x blk seram pula...

Monday, April 19, 2010

sama2x macho

kan? kan? kan? kan?

anak buah belajar imbang badan

Friday, April 16, 2010

Related Posts with Thumbnails