Ini Blog Saye

Friday, November 4, 2011

وجه الكتاب フェイスブック 얼굴 책 चेहरा किताब 脸书 முகம் புத்தகம் کا چہرہ کتاب

Assalamu'alaikum. senang pakai google translaterkan? blhla cari perkataan lain utk menggantikan perkataan yg familiar yg selalu org dgr & terkenal. Ok, dimudahkan tajuk diatas, itulah maksud2x dalam bahasa lain yg mana maksudnya dalam bahasa Melayu ialah Muka Buku. memang byk org salah guna muka bukukan? nak2x bila status tersebut menyebut & menujukan nama seseorg. Astaghfirullahala'zim Faiz pun tak lepas dari perbuatan tersebut memandangkan Faiz bukan Rasulullah yg sentiasa bersabar dgn kesusahan Yang Allah uji. Ok, sejak 2 menjak ni memang Ujian Allah kerap jugakla berlaku kat Faiz, nak2x berkaitan tentang muka buku ni. Ada yg kata Faiz tak matured, ada yg siap post gambar lg kat Wall faiz dimana gambar tu bertulis (if you get problem, Face it, don't Face book). ok2x, Faiz faham salah silap faiz pasal tu. Tapi 1 persoalan faiz, pernah tak org yg post tu jumpa faiz & tanya elok2x "awak ni ada masalah ke?". erm, nope. sekali pun tak pernah. & pernah tak dia cuba tanya faiz masalah faiz & sama2x cuba membantu? erm... nope. sekali pun tak pernah. & pengalaman faiz dgn org tu pun dia tak jenis membantu org bila ada masalah. tp jenis org tu dah ada masalah lg dikondemnya org tu. Ok, that's fine, cara terakhir selesaikan masalah ni hanyalah block dia dr Muka buku Faiz. Lantakla apa dia nak fikirkan? yg tu yg pertama. Yg kedua pula, hehehe, nafsu amarah faiz ni memang agakla kuatnya. nak2x dah jarang2x ke surau & bg makan roh faiz ni dgn amalan2x yg Di syariatkan Agama Allah ni. klu status dalam muka buku ni tak der, Faiz risau gak, sebab, tiba2x faiz btl2x hangin sampai tak fikir masa depan elok2x jer faiz bawa pisau & tikam jer terus org yg buat faiz sakit hati. Alasan, org tu memang nak penaya faiz, so sebelum dia penaya faiz elokla faiz bunuh dia dulu. tp persoalannya, Sanggup ke faiz nak menghadap dia blk kat Akhirat nanti bila dia tuntut balik nyawa dia & dia salahkan Faiz sebab kematian dia buat dia tak sempat minta ampun dosa2x dia kat dunia. last2x karang Faiz gak kena tanggung dosa dia semua sebab bunuh dia masa hidup dulu. & org yg fikir faiz ni tak matured dgn muka buku ni, agak2x klu dia jumpa org yg tak tahu mana nak luah perasaan kat muka buku ni, tiba2x bawa pisau nak gi bunuh org yg dia tak suka. agak2x si matured ni berani ke nak halang? rasanya dia pun cabut dulu kot. Wallahu'alam. bukan takder niat faiz nak bunuh seseorg, dgn kuderat faiz ni & Ilmu yg faiz belajar sikit dulu agak tahula juga point2x nak bunuh org, cuma belum ditesting lg. Sebab kat dunia ni ramai org yg buat silap, tapi rasa dirinya betul sampai org lain nampak dia ni jahat sangat2x yg teramat sgt. sampaikan org lain siap cakap apasal dia ni tak mati cepat, sebab hidup kat dunia ni klu nak menyusahkan org baik tak payah hidup. & yg paling bestnya org jenis ni di Uji Allah dgn kesenangan pulak. Cuma klu fikir balik Lantakla diorg nak buat apa, asalkan tak harm hidup aku sudah. Cumanya adakalanya, terhidu-hidu jugak bau org nak cari pasal dgn kita. Tu la perkara yg paling menakutkan dalam hidup Faiz, Bukan faiz ni penakut nak berdepan dgn org yg bawa masalah kat Faiz, cuma Faiz takut emosi faiz dapat dikawal oleh Iblis sampai tindakan yg tak best faiz lakukan, & seterusnya efek la kat faiz sampai bila2x faiz hidup. tu yg faiz tak nak. Jd tu sebab faiz luahkan shj dlm muka buku faiz. & yg paling penting ada yg bg pandangan yg bernas dan positif dgn luahan yg faiz post kat muka buku faiz. Tak salah juga pandangan tu adalah dgn link2x berkaitan Ajaran Islam supaya faiz akan terdakwah oleh link2x tu & Akhirnya sama2x dapat pahala dgn Dakwah tersebut. Sebab apa yg faiz cuba utk Ingatkan Setiap tujuan nafas yg kita sedut Adalah nafas yg menarik kita ke Syurga Allah Ta'ala. & sebagai hambaNya faiz selalu terdengar tidak ku jadikan jin & manusia itu melainkan utk beribadah kepadaKu. Mudah-mudahan apa yg faiz post dlm blog & link dalam muka buku faiz ni ada yg ada yg mahu memberi nasihat yg bernas & tidak menyakitkan hati Faiz.

Friday, August 19, 2011

Ujian di Bulan Ramadhan.

Assalamu'alaikum, lama dah tak update blog. Alhamdulillah 12.42 ni dpt pulak tajuk. sebenarnya masih tak byk lg idea. tp blhla... Bulan ni ALHAMDULILLAH Puasa masih dapat dilakukan tanpa keUzuran... post kali Ini bukan nak mengeluh @ apa2x sewaktu dgnnya. post kali ni cuma ingin berkongsi pengalaman sesudah hari ke 20 Puasa. Ok Ujian mula2x puasa bulan ni, Antaranya jeng3x. Seperti biasa bila Faiz cuba utk kekalkan bilangan air mengikut kperluan bdn. 3 cawan tu Faiz minum masa sahur. lepas tu bila duduk rumah Abah memang ALHAMDULILLAH berpeluang ke surau. fikir2x nak la belajar sekali gi surau waktu subuh utk menjadi Lelaki ISLAM sejati dgn setiap 5 waktu ada disurau berjemaah. Nak2x pulak fikir balik apala sgt subuh takat 2 rakaat jer. Tp nak dijadikan Ujian, rupa2xnya IMAM tu Al-HAFIZ. ALHAMDULILLAH berimamkan seorg AL-HAFIZ. Bgsla dia memang hafal byk Ayat wlpn lg berumur dr Faiz. cumanya elok jer takbir rakaat pertama terasa pundiku penuh. dalam hati duk fikir ala 2 rakaat jer. rupa2xnya jangkaanku Amat meleset. selepas TAkbir, Al-FATIHAH, imam tersebut tidak membaca BISMILLAH (kebiasaan imam tidak membaca BISMILLAH utk membaca bukan surah Lazim). MASYA'ALLAH sakit sungguh pundi ku sewaktu itu. hendak faiz keluar belkang dah penuh. menahan jerla 2 rakaat solat subuh yg memakan masa 10 minit (mungkin lebih kot) selepas itu tanpa wirid dgn semampu tenaga yg ada faiz pun lari selari larinya mengejar tandas yang tak lari. Sampai dah 3 kali kena IMAM yang sama suka buat mcm tu faiz dah agak takut2x nak gi sbnrnya. tak tahula selepas ini mcm mn. ok, selesai kisah pertama, Ujian kedua, baru2x ni bermulalah 4 org bdk praktikal on job kat tempat faiz. 1 lelaki 3 prmpn. molek2x belaka orgnya. kebetulan ada 3 lg bdk praktikal semua lelaki lain department. 2 drpadanya molek2x juga. tp sorg buat tak best, masuk bilik faiz, masa tu bdk praktikal prmpn ada dlm bilik tu, dgn muka bengis dia terus jer cakap "gi kutip sampah" lepas tu dia beredar. FUH!!! kus semangat masa tu. as seorg yg pernah mendalami perasaan seorg pendekar memang rasa nak pergi kat bdk tu tanpa soal jawab tikam jer medula oblongata dia bg mampus terus. Hidup klu nak tunjuk diri tu kuat ke, terer ke, menakutkan ke tak payahla... last2x bila dah nyawa, roh dan jasad terpisah org gak yg terpaksa uruskan jenazah ko masuk liang lahad. tu pun bukan nak ngaku salah, blh salahkan bdk2x yg dia suruh tu dgn kata diorg tarik muka bila dia suruh. YaALLAH berila petunjuk dan hidayah kat budak ni sebelum perangai dia buat hidup dia jd worse. serius beb, org klu berlagak2x mcm tu kesudahnya memang tak best. jap lg sanggup ke bila dah mati org sedekahkan Al_FATIHAH patutnya jd org sedekahkan caci maki. NA'UZUBILLAH...tu klu jd kat dia takperla, jd kat keluarga dia sebab perangai tu dah lg 1 hal. & lg satu semenjak kali ke-2 bdk2x prmpn praktikal tmpt faiz ni & satu department jd mcm2x ISU. sampaikan ada yg ckp (bdk prktikal gak la) "Abihla ko Faiz, hr ni bdk2x prmpn tu dah tak sama ko, diorg gi buat kerja lain," Ya ALLAH, apala yg diorg fikir ni sbnrnya? selama bdk prmpn prktikal kat tempat dia pun tak jd apala kat Faiz. rasa tak berubah apa pun. mungkinla gak motivated sikit masa kerja tu org perasan. tp rasanya nak kira kerja sblm ni jd jer. Bila supervisor suruh buat faiz buat jer. So apa masalahnya? Faiz tak kcu sebesar zarah pun hidup yg tiba2x jd badan menyibuk (bz body) melihat gelagat Faiz bila bdk2x prmpn ni ada. masa bdk prmpn praktikal bhgn diorg pun faiz tak pernah nak kaji gelagat diorg. Erm, Manusia ni sungguh Anehkan? patutla ada kisah bila seekor BABI yg mengkehendakkan dijadikan sebagai manusia tetapi bila diberitahu sifat manusia BABI tu pun membatalkan niatnya. sebab manusia ni naik turun sifat dia. bila dah Alim melebihi MALAIKAT hebatnya, tp bila turun melebihi Binatang rendahnya martabat. MASYA'ALLAH. ada lg ujian kecil2x yg faiz lalui, mcm cuaca yg makin panas, terosakkan keta org secara tak sengaja. nanti2xla cerita. lg pun dah nak sahur lg 4jam 40 minit ni. esok sambung kot INSAYA'ALLAH. ASSALAMU'ALAIKUM

Sunday, May 15, 2011

Kisah 3 Ahli Ilmu pertahanan dan Lalat.

Suatu hari, sewaktu Tanah melayu masih bernama TANAH MELAYU. yg kini bernama Malaysia, dimana Penghuninya dulu Melayu sahaja, kemudian Melayu, Cina, India. tetapi kini pelbagai bangsa, seperti Myanmar, Nepal, Indonesia, Cina singapura, cina dr China. India dr negara India, pakistan, bangla dan yg se Asing dgnnya. Kita berAlih kepada cerita semasa Zaman tanah melayu. Kisahnya 3 pahlawan berkumpul ingin menunjukkan kehebatan. Pahlawan tersebut terdiri dari
 Jepun yg membawa Ilmu Karatenya,


Cina yg membawa Ilmu Wushunya, Dan


Melayu yg membawa Ilmu silatnya.

Masing2x Ingin menunjukkan Ilmu Pertahanan Bangsa sendiri. Subjek yg digunakan. Lalat.



Lelaki jepun memulakan pertunjukan. Seekor lalat dilepas kan. HEEEEEAAAA!!!, selaju kilat lelaki jepun itu memancung lalat tersebut menggunakan tangannya. Melekat lalat tersebut diatas Meja. Lelaki cina pula tercabar, setelah seekor lg lalat dilepaskan, Diambilnya pedang wushu Dan Dilibas pedang tersebut pada lalat yg dilepaskan. Lalat itu kelihatan masih hidup, Tetapi berpusing2x lalu jatuh Diatas meja. rupa2xnya salah satu kepak lalat tersebut telah kudung dipotong oleh pedang pemain Wushu tersebut. Giliran Ahli silat pula menunjukkan kehebatan. Setelah lalat dilepaskan, dgn menggunakan Keris, Ahli silat tersebut menari bersama Keris, Kekiri, Kekanan, Tikam, kebelakang, kerisnya bergerak seperti berlawan dgn musuh yang ramai. tetapi Lawannya hanya seekor lalat. Pahlawan Cina dan jepun Tergelak menyaksikan gelagat Ahli silat tersebut. kemudian Keris disarungkan kembali. Ahli silat itu duduk meninggalkan Lalat yg masih beterbangan. Tetapi Lalat tersebut seperti terkena sawan, terbangnya terhuyung hayang, berpusing pusing, walaupun dapat mendarat Lalat tersebut terlompat kembali terbang keudara, terdengar seperti suara tangisan pada lalat tersebut. Akhirnya lalat itu terpaksa mendarat dgn keadaan terbalik.

Kemudian pengadil mengambil Lalat yg telah digunakan untuk menguji kemampuan 3 pahlawan td. Lelaki jepun mendapat 9/10 markah kerana tepat dan laju. lelaki cina mendapat 9/10 markah juga kerana teliti dan tepat. Akhirnya Tiba masa pengadil mengambil lalat yg digunakan utk menguji pahlawan silat, lalat tersebut diletak bawah mikroskop. Akhirnya keputusan diberi, Pahlawan silat mendapat 10/10 markah kerana tepat, teliti, cekap dan laju. sebabnya kerana Lalat tersebut berjaya dikhatan oleh pahlawan silat tersebut. Sekian cerita Lawak dr Abah Aku yg hampir buat aku tersedak semasa mkn mlm td. Cerita ini telah diubahsuai sedikit sebanyak. hehehe 

Saturday, May 7, 2011

Mama & Abah.

Assalamu'alaikum. Hehehe, posting kali ni berkisarkan Family Aku... Aku ada seorng Abah dan seorg mama. sebab memang unsur Aku pun dr 2 org ni. hahahaha. Abah Aku ni seorg Lelaki. tak caya? tgk ni.


Eeeeeh salah. yg ni anak buah aku. Mohammed yusri Hakimi Bin khairul Nizam nama dia... ni gambar Abah aku.


Haaaaa. utk pengetahuan korang, Abah Aku ni hensem orgnya. umur dah 60 masa gambar ni. tp nampak mcm 50 tak? Orangnya gagah, byk pengalaman. org kampungla katakan. bygkan secara fizikal pun org kampung yg masa umur 50 dah ada sebiji banglo dgn duit yg tak syubhah (ALHAMDULILLAH). walaupun BPR siap dtg buat Audit tp tak kantoi dgn cara yg betul. memang best. secara Batinnya byk gak dia Ada, Cikgu silat aku pun siap ckp knp aku tak minta dgn Ayah aku, tangan dia tgk pun dah tahu ada sesuatu, tp aku pun tak tahu apa dia. Abah aku ni org yg suka batu cincin, tak kira jual @ beli. skg ni koleksi batu cincin dia yg paling berharga batu delima beruratkan kalimah Allah dlam bahasa jawi.
Cuba tgk betul2x. hehehe. Ok, Abah aku ni bekas penghulu, dulu Abah erlibat dalam NGO UMNO. setelah Abah pencen dgn sekuderatnya Abah halang aku dalam UMNO. at last aku faham kenapa. tak perlu nak cerita kot. (lu pikirla sendiri) hahahahaa. & 1 perkara, Abah aku ni memang berani sgt2x orgnya. mengorat mama aku, kejar blk hantu yg kejar Abah aku. yg terbaru ni lembaga hitam muncul depan Abah. Abah buat apa tau, Abah buat dek. hahahaah. fuh memangla dahsyat. 
ok. ni perbezaan Abah masa muda dan dah berumur, hampir sama kan? hehehe Awet muda. 

 beralih pada cerita mama pulak.
bukan kanan tau. kiri tu mama aku, mama aku ni perempuan, cantik orgnya. Tak caya? ha tgk ni.


  Masakan Abahku blh jatuh chenta sama mama Aku sehingga kegerbang perkahwinan. hehehe. Mama aku ni pun tak kurang hebatnya. dulu mama belajar silat seni Gayong Malaysia dah nak jd guru. tp sebab opah Aku halang terus mama terpaksa berhenti. klu tak mama Aku ni sebenarnya patut dah blh jd dato'. Aku dpt tahu dr mulut mama sendiri, mcm2x mama aku ni boleh buat, tarian selendang cina, belajar selalu dapat no 1 masa kat convent port dickon. masuk silat. tp semua kerana Opah aku yg suka percaya fitnah mulut jiran pasal mama aku ni akhirnya mama aku ni jd org kebanyakan shj. mana taknya, masuk silat tak bg, masuk tarian selendang cina suruh berhenti, belajar dah elok kat sekolah port dikcson opah aku hantar mak aku keseremban sebab percaya fitnah jiran. kat seremban tu pulak makngah Aku yg jaga. memang TEROK SETEROK TEROKNYA!!! (geram2x). sebab hidup mama aku masa tu memang dah mcm bawang merah bwg putih. belanja opah aku hantar mak ngah aku sapu semua, baju seluruh keluarga mak ngah aku mama aku kena basuh, kena giling cili 1 baldi setiap hari. org gaji pulak lepas tu yg rileks lebih dr mama aku. nasib baik masa tu aku tak lahir lg. klu Aku lahir memang aku bw lari mak aku ke mana2x madrasah. kesian mama aku, hal agama mak ngah Aku tak ajar walaupun sikit. yg mak ngah aku tahu, BULI mak aku. Alhamdulillah, setelah mama aku kerja Akhirnya mama & abah berjumpa. Dan mama aku dibebaskan oleh ayah aku. itu pun duit hantaran yg Ayah aku bg disapu semua oleh mak ngah aku. hehehehe. masa mama & Abah nikah aku la saksi (hececece, gurau jer, lahir pun tak masa tu). ha ni antara gambar kenduri maharaja & permaisuri hatiku.

Alhamdulillah, murah rezeki mama & Abah aku, 3 org cahaya Mata di produksikan. 3-3 hero. termasuk yg menaip ni. hahahaha. Ok, dah nak mengakhiri cerita tentang Advanture mama & abah Aku. bestkan? setelah abg2xku berkahwin maka nila gambar terbaru keluarga Aku. 

Teringat 1 kisah seorg maharaja yg sombong. Bila seorg ulama menegurnya, 
Ulama: Kamu bangga dgn kedudukan kamu sebagai raja?
Raja: Ia, kerana aku adalah org yg berkuasa disini.
Ulama: kamu rasa kamu berkuasa? sedangkan kamu tidak Ingat lg asal usul kamu?
Raja: Aku masih ingat, Ayahku juga seorg Raja dan Ibuku seorg permaisuri.
Ulama: Kamu salah!!!, Kamu adalah satu hidupan dari kemaluan Ayah mu, Kemudian kamu pindah dan diberi nyawa didalam rahim setelah melalui kemaluan Ibumu. Akhirnya kamu lahir didunia melalui kemaluan Ibumu. Apa kamu bangga dgn Itu? Dan Sekarang kamu sudah lupa kelahiran kamu tidak sehebat mana pun berbanding kelahiran lain. Semuanya kelahiran sama sahaja.

Akhirnya Raja tersebut Insaf & bertaubat kepada Allah. (kisah ini aku dgr dr seorg Ustaz semasa aku bersekolah Menengah.)

Oleh itu kita patut sedar, Siapakah kita jika nak dibandingkan dgn Ibu dan Ayah kita. walaupun mungkin suatu hari nanti sekiranya Ibu Dan Ayah sudah tidak sesihat kamu, Tetapi dgn Apa yg mereka korbankan utk kamu, jagalah mereka sebaik-baik mereka menjaga kamu, jgn meninggi diri dgn ibu dan ayah kerana darjat kamu dgn ibu dan ayah kamu hanyalah tempat yg kotor shj. sekian Assalamu'alaikum.

Sunday, May 1, 2011

Purdah pada Aku. (PPA)

Assalamu'alaikum semua, hahaha. seperti biasa, aku ni bab2x agama bukannya handal. tp langsung tak handal pun. topik purdah ni pun cuma pendapat aku sendiri. klu nak tahu pasal purdah ni. blhla tgk blog http://mujahidahsyahidfisabilillah.blogspot.com/2010/07/kelebihan-wanita-memakai-purdahniqab.html dan sewaktu dengannya. klu nak baca cerita seram pasal purdah tgkla http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=l60qtggkdfgbhsultb72lskkv6&topic=3201.0. memang aku pun kecut perut membacanya. ok, ada kwn yg bertanya pada aku pasal purdah, sebab dah 2 kali mimpi pki purdah. Bagus orgnya, rajin bertanya. cuma 1 shj, Innama A'malu bin Niat (minta maaf tak dpt dlm bahasa jawi). Niat memakai purdah kerana apa? pastikan hanya kerana Allah, tunduk & tawadho' kepada Allah. Bukan kerana benda lain. mcm nak menunjuk. sebab aku sebabagai org yg nakal pun terjumpa gak video prmpn pki purdah yg tak betul. tarian disko la tgh pki purdah. Jd mcm imej shj pulak purdah tu.  cuma dr pendapat abah aku yg rajin belajar agama pun ada ckp, purdah ni sunat shj. dalam Islam hanya digalakkan, bukan diwajibkan. kena faham beza antara galak & wajib k? digalakkan utk wanita biasa. diwajibkan utk wanita luar biasa. ok sebagai contoh wanita luar biasa,  sekiranya perempuan tu berwajah kurang cantik (bahasa sopan hehehe). mana dia pergi org takut & tak selesa dgn rupa dia. rasa mcm nak lari pun ada. Karang gi supermarket pergi mana2x bahagian org nak beli brg pun tak jd sebab tgk muka dia. ha yg ni wajib gak la pada aku. 1 lg kes sekiranya perempuan tu memang lawa. tak kira lelaki muda sampai ke tua tgk shj wajah dia terus melekat. tgk jer sampai dia pergi. tu takper lg, ni tgk2x terus ekor & berniat tindakan selanjutnya. mulala kes rogolla, kes pukau & rogol sampai mengandungla. kes rogol & bunuhla. mcm2xkan? 3 kes plg popular kot kat Malaysia ni. yg ada kaitan dgn wanita. yg ni diwajibkan memakai purdah. (sumber wajib ni dr salah satu Ustazah aku masa tuisyen spm kolej sal dulu). Ok, selesai, ni ada satu cerita lawak gak pasal purdah. baru2x ni aku gi KFC sunway piramid, lama dah tak mkn ayam pembesar dada (sila cari sumber maklumat ni sendiri hehehe). Tgh duduk2x, aku terpandang seorg wanita arab. kulit gelap2x sikit. dgn tak sengaja aku terpandang cara dia makan sambil pki purdah tu. TOUUUU dia, aku ingat dia selut tgn dr bwh purdah dia. rupa2xnya dia selak purdah dia dan


NGAAAAAAAAAAAAAPPPPP. daging ayam pembesar dada yg kecil disuap begitu rupa. sikit punya besar kot mulut dia. hahahaha. terkejut aku. lepas tu dia perasan aku pandang dia pun
mata aku. ieeeeeuwww. takutnyer... terpaksa aku berselindung dgn kepala org lain takut dgn mata dia. hehehe. Lg satu cerita pasal sorg wanita pakai purdah kat hospital, putih melepak. suami dia ada gaya2x Arqam @ tabligh. Alhamdulillah, isteri solehah suami soleh. tp aku pelik naper bdn isteri dia lain macam. sekali dia duduk baru tahu, sungguh besar perutnya. owh hebat gak purdah ni, klu pandai pakai, tgh mengandung pun hanya org tertentu shj blh perasan. jgn tanyala mcm mn aku perasan, psikologi shj k? susah nak terangkan. Worait, sampai sini shjla isu aku pasal purdah ni. Apa yg penting KERJAAAAASAMA (melalut dah). balik pada pesanan td. semuanya bergantung pada niat, wlupun berpurdah mengerjakan amalan sunat Ttp hati riak muncul lg bahaya, bukannya pahala tak dapat, dosa pulak yg terpalit. (bukan brngan alat tulis jenama pallito). ok, dah2x, mlm sngt ni. dah pg pun. nak titow. Assalamu'alaikum.

Saturday, April 16, 2011

Api

terima kasih pada pemilik pemilik blog semanis Anggur kerana memberi Idea utk kupas tajuk ni. utk pengetahuan para pembaca yg tak tahu ada @ tak yg baca, tajuk ini tiada unsur2x spesifik, semuanya hanya mengikut akal & fikiran yg tersimpan dalam otak.

Api mengikut maksud mula2x aku kenal.



sejenis benda yg boleh dibuat masak2x, & menghapuskan sampah sarap & semak samun sehingga terwujudnya jabatan persekitaran utk menyaman org yg berbuat demikian supaya org tu tak nyaman lg nak bakar sampah.
Api juga blh digunakan sebagai sumber paling murah untuk mudah melihat diwaktu malam. sebagai contoh api lilin, Api lampu minyak tanah Dll kekreatifan org.
Pada Asalnya mengikut yg Aku pernah dgr, Api didunia ni terjadi dr petir. Wallahua'lam (akan dibincangkan selepas ini)

Api mengikut Hiburan

Api yg terbaru aku tahu dalam dunia hiburan  ialah kumpulan Api yg nyanyi lagu pelita tu. kumpulan tu terdiri dr Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran OBS,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers. cuma Api tu juga digunakan di pentas2x masa perform mcm KRU pernah buat masa anugerah juara lagu.


Ada juga sebuah kartun jepun yg menggunakan Api sebagai sumber kuasa sesetengah watak. contohnya kartun Naruto. watak yang terkenal suka menggunakan kuasa Api adalah sasuke. skg ni sasuke dah buat Api warna hitam yg takkan padam dgn kehendak mata dia yg digelarkan AMETARASU. (dah mcm Api neraka gak bunyinyakan? akan dibincangkan selepas ini)

Api mengikut Agama

Apa yg aku dpt, Apa sahaja makhluk terdapat unsur api. Lagi2x Iblis dan syaitan Laknatullah. sebab 2 jenama makhluk ni memang 100% api. tetapi ada juga menceritakan ada makhluk yd terdiri dr bahan selain api, contohnya makhluk jin yg ada mengatakan spesis jin ni ada yg berunsurkan Angin. WALLAHUA'LAM. Ada satu kisah seorg paderi yg memeluk Islam setelah 5 soalannya dijawab dgn 5 pelempang beserta ulasan. salah satunya kenapa Iblis & Syaitan dr Api dimasukkan keneraka yg unsur Api juga? jawapannya selepas paderi tu dilempang.

PANG!!!
paderi: Apasal ko lempang aku?
Ustaz: Aku asal tanah, ko asal tanah. sakit tak tanah lempang tanah?
Paderi: sakitla.
Ustaz: jd klu Api neraka lempang Api Iblis & Syaitan mestila lg sakit.

Selain itu, Dalam Agama Islam juga ada menceritakan Api neraka itu merupakan Api yang bewarna hitam kerana telah diasah semenjak terciptanya neraka tersebut. so jgn ingat masuk neraka tu terang benderang k? dah la dlm kubur gelap, masuk neraka pun gelap.

berikut adalah kisah bagaimana Api diwujudkan didunia kita.


KISAH API NERAKA KE DUNIA

Diceritakan dalam satu hadis ketika Nabi Adam A.S mula ditempatkan di atas muka bumi ini. Maka ketika hendak memakan sejenis makanan teringin lah Nabi Adam untuk memasak makanan tersebut. Setelah buntu memikirkan bagaimana ingin mendapatkan sumber api, akhirnya Nabi Adam memohon kepada Allah melalui utusan Malaikat Jibril. katanya ” Bawalah aku sedikit api dari neraka untuk ku memasak. Cukuplah sebesar sebiji kurma api tersebut”..pinta Nabi Adam kepada Jibril. Maka mengadaplah Jibril bertemu Allah dengan menyatakan hajat Adam tersebut.
Setelah mendapat jawapan daripada Allah Jibril turun semula ke bumi bertemu Nabi Adam. ” setelah ku ceritakan hajatmu itu kepada Allah, permintaanmu itu tidak diperkenankan olehNya”. Jibril berkata lagi.. “Sekiranya aku membawa kepadamu sebesar biji kurma api yang kamu pinta itu Allah menyatakan maka akan hancur binasalah mukabumi ini dan juga tujuh lapis langit ini”, jelas Jibril kepada Adam. Maka dengan perasaan sedikit hampa Nabi Adam berkata lagi, “jika begitu, cukuplah bawakan aku setengah biji kurma daripada api itu”.
Setelah itu, Jibril kembali menemui Allah dan menyatakan hasrat sebagaimana yang dipinta oleh Nabi Adam tadi. seketika, Jibril turun semula dan menemui Nabi Adam. “Wahai Adam, permintaan mu juga tidak diperkenankan oleh Allah. Jika aku bawakan api itu walaupun sebesar biji kurma yang dibelah dua, maka akan hancur seluruh isi bumi ini.”
Kemudian diceritakan lagi, Nabi Adam memohon, “kalau begitu  tolong bawakan aku cukuplah percikan api tersebut untuk kegunaanku” Jibril kemudian melakukan perkara yang sama sekali lagi bertemu dan mendapatkan keizinan daripada Allah SWT. Setelah mendapat jawapan daripada Allah maka Jibril sekali lagi bertemu dengan Nabi Adam dan berkata. “wahai Adam. percikan api yang kamu minta tersebut jika diturunkan ke atas muka bumi ini akan menyebabkan kehancuran seluruh gunung ganang ini.”
Kebuntuan permintaan Nabi Adam tersebut setelah dipohon dan diperkenankan oleh Allah sebagai keperluan api di muka bumi ini, akhirnya percikan api tersebut dikisahkan direndam di dalam tujuh lautan dengan suatu tempoh masa yang sangat lama (lupa berapa lama) yang mana akhirnya tahap kepanasanya adalah sepertimana api yang dikurniakan oleh allah seperti hari ini. Bayangkan bagaimana kedasyatan dan kepanasan api di dalam neraka yang sama sekali tidak dapat digambarkan dengan mata kepala kita pada masa kini. (sumber di petik daripada kuliah maghrib - Masjid Abidin - 3 Apr 2011- Kuala Terengganu sebagaimana yang diingat oleh penulis.] sekiranya terdapat sebarang ralat sila rujuk kepada ustaz dan betulkan juga saya) & (http://mahadikaizen.com/2011/04/04/kisah-api-neraka-ke-dunia/)

Monday, March 14, 2011

ekspidisi gunung Datuk kali ke 2 gambar snap sendiri

Alhamdulillah. org pertama lelaki sampai puncak. cuma kalau ikutkan Ada perempuan French dah sampai dulu. tp dia ingat puncak jauh lg. dalam 20 meter nak ke puncak dia rehat kat batu tu tunggu Team sampai. Faiz sampai Ajak dia naik puncak & Faiz terus lari supaya Faiz sampai dulu. Hahahaha. Mcm tak Aci. Tp masa 1st time naik dulu dapat no corot gak. sampai jd zombi kat puncak ni pasal kepenatan. Dahla masa ni kena cirit-birit.
Dendam terlerai. masa kali pertama dulu letih sgt & tak tahu pasal Ada tapak yg dikatakan Tapak Hang Tuah ni.pic pertama Aku dgn tapak ni. seram tau. sebab Tapak ni sikit lagi nak sampai Hujung Batu Atas gunung. Dah la Aingin Kuat. Silap Sikit "I believe I can't Fly".
Alamak Kantoi Pipi tembam. hehehe. ha tgk cuba nak ambil Gambar sendiri. Seram betul masa Ni.Takut Hp tu jugak yg terbang kena tiup Angin.
Adjust sikit kedudukan kamera. hehehe. Ni pun kantoi muka gelabah hahaha. takut wooo masa ni. gayat2x.
Ok. yg ni blh la accept kegayatan tu. Bayangkan klu Hang Tuah Buat Rider Kick Hinggap kat muka Faiz. tak ke bekecai Muka Dibuatnya.
Cuba beranikan Diri ukur dgn Kaki sendiri. Kecil jer Rupanya Tapak Hang Tuah. Besar Lg Kaki Faiz. Tp Kaki faiz jgn Harapla nak buat batu ni berlekuk sampai Jd mcm ni Kat Batu tu. Memang Padu. Kaki Kecil Yg membunuh (Ayat dr filem shaolin soccer)
 Dgn Baju yg dah lama Tak pakai. minta kwn2x Adik seguru perempuan tlg Ambilkan Gambar. hehehe Macam Hantukan? Hantu Gunung Datuk.
Cehhh. konon Ninjala. 2 kali tgk mcm Pocong. eeeeuhhh. seramlak klu tgk Ada Jin menyamar Mayat Faiz dalam bentuk Pocong. bila dah meninggal nanti.
Camera trick. Faiz tak terbang tau. Tp batu ni memang senget. Tergelicik sikit alamat Jatuh Kebawah. Bukan Jatuh Keatas. wahahaha
Ready nak turun Gunung. 1jam 30 minit Ambil masa. yg sebenarnya nak gempak dgn Kain kat celoreng hijau kat poket tu. berlagak. hahaha. dahla malam tu nak cari kubur lama seperti yg diceritakan seseorg yg power punya pasal tiba2x Ada yg jwb Assalamu'alaikum. menoleh gak kebelakang. nasib baik diiringi org muda yg power jugak. buat malu jer. wahahaha. Ok. nanti nak post Gambar yg org Ambil pulak.

Friday, March 4, 2011

PEnemuan terbaru. fosil2x.

4/3/11 Malaysia bakal digembarkan dgn penemuan Fosil yg dipercayai terdiri dari tulang2x Ikan air tawar. tulang2x tersebut akan dihantar kemungkinan dipusat perlupusan kerana ditakuti akan mengganggu ketenteraman awam. Ada kemungkinan tulang tersebut kini dihantar pada sejenis hidupan yg gemar membuat kuih dimana pun hidupan tersebut sempat. Gambar dibawah menunjukkan fosil2x yg ditemui.
Fosil menunjukkan kemungkinan berlaku pergaduhan sebelum kedua2x mati ditempat kejadian

Kelihatan sebuah kren sedang mengangkut serpihan2x pasir yg menutup fosil
Antara fosil2x yg dijumpai ditempat tersebut.

Thursday, March 3, 2011

Soalan Bocor Dalam kubur.

Soalan yang akan ditanya di dalam kubur bukanlah suatu yang asing bagi orang-orang Islam, bagaikan "soalan bocor" ia selalu diulang-ulang setiap kali "TALQIN" dibacakan di atas kubur. Talqin yang di bacakan yang ditujukan kepada simati, sepatutnya jadi pengajaran kepada mereka yang hidup supaya menjalani hidup dengan penuh keinsafan. Sewajarnya mereka dari kalangan yang hidup yang sama-sama mendengar talqin itu dibacakan, hendaklah memuhasabah diri, sejauh mana jawaban yang akan diucapkan nanti (jika sampai ajal) adalah BENAR. Kerana adalah mustahil kita dapat menipu Malaikat NUNKAR dan NAKIR. Bahkan bagi mereka yang hidup dengan "Maksiat" dan "Kezaliman" dikatakan (ulama) langsung tak dapat menjawab, sekalipun semasa hidupnya dia telah berlatih dan menghafalnya. Adalah yang dikatakan yang akan menjawab segala soalan itu ialah "Amal Kita", sedangkan mulut kita dikunci.
Mereka yang hidup dengan "Maksiat,Derhaka kepada Allah dan Rasul" serta melakukan "Kezaliman" semasa hidupnya, biasanya memperlekehkan perkara ini. Konon-konon mereka boleh menjawab dengan lidah mereka seperti "Di Mahkamah dunia". Ataupun mereka langsung tak mempercayainya yang menyebabkan mereka ini terkeluar dari agama Islam (Murtad). Tetapi, samada mereka percaya atau sebaliknya, itu adalah sesuatu yang "WAJIB" diimani. Bukan sahaja agama Islam, bahkan seluruh agama didunia ini turut mempercayainya. Orang yang tidak beragama juga hanya berjaya menyangkal dengan lidahnya sahaja sedangkan hatinya (yang dikawal oleh Allah) mengakuinya.
Berikut adalah contoh soal jawab di dalam kubur antara Dua Malikat dengan mereka yang Maksiat dan melakukan Kezaliman semasa hidupnya, yang kononnya mereka mahu menipu Malaikat sepertimana yang boleh mereka lakukan di Mahkamah dunia. CATATAN : INI ADALAH SEKADAR CONTOH
Soalan Pertama:
Malaikat : Wahai Folan Bin Folan (Mayat) Siapakah TUHAN mu ? Catatan: Orang yang beriman akan menjawab (melalui 'Amalnya') Allah Tuhanku. Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa. Lalu dipukul dan dipalu. Dia akan terus ditanya dan terus dipukul dan dipalu hingga hari Kiamat. Konon-konon : SiMahaZalim menjawab: (semua yang berikut adalah kononnya DIALOG antara Malikat dengan siMahaZalim)
SiMahaZalim : Allah Tuhanku !!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Di dunia kamu telah bertuhankan HAWA NAFSU, kamu bertuhankan HARTA, bertuhankan KUASA bahkan kamu menganggap diri kamu sendiri adalah tuhan yang berkuasa segala-galanya.(Lalu ia dipelangkong)
Soalan Kedua:
Malaikat : Siapakah NABI mu ?
SiMahaZalim : MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia engkau bukan sahaja tidak mengikut sunnahnya bahkan engkau telah mempersendakannya, jubahnya, janggutnya. Kau jadikannya bahan gelak ketawa dengan mengatakan pisau cukur tidak terdapat dizaman Nabi menyebabkan Baginda tidak mencukurnya. (Lalu ia akan dipelangkong lagi)
Soalan Ketiga:
Malaikat : Apakah AGAMA mu ?
SiMahaZalim : ISLAM adalah AGAMA ku!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia kamu cukup berkuasa untuk melaksanakan Hukum dan Undang-undang Islam, tapi kamu lebih mengagongkan hukum sivil dan undang- undang British. Apabila ada Parti Islam mencadangkan dilaksanakan Hukum Hudud, kamu telah memperlekehkannya dengan mengatakannya tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara kamu yang berbilang kaum dan berbagai agama. Kamu juga telah mengatakan jika hukum Hudud dilaksanakan akan mundurlah umat Islam kerana ramai yang kudong tangan dan kaki. Kamu juga telah mengatakan (sambil ketawa kelucuan) kalau nak makan sup tangan dan kaki manusia silalah ke Kelantan (dan sekarang tambah satu Terangganu tahun 2004 seluruh Malaysia Insya Allah).Kamu juga mengatakan adalah mustahil untuk mendatangkan saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam (dalam kes DSAI) lalu membolehkan mereka yang dipertikaikan kesaksiannya menjadi saksi tuduhan LIWAT dan ZINA.
Catatan:Dalam hal ini, kita juga harus menyanya diri kita, Benarkah kita mengaku ISLAM? Apa kita nak jawab jika ditanya Malaikat : Kamu mengaku Islam, tapi kamu tidak memperjuangkan Islam. Dah ada Parti yang memperjuangkan Islam agama yang kamu yakini dan percayai boleh menjamin KEADILAN kenapakah setakat nak jadi AHLI sajapun kamu takut? Kamu lebih suka ATAS PAGAR? (soalan inilah menyebabkan penulis mengisi borang keahlian PAS).
Soalan Keempat:
Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!
SiMahaZalim : Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Berbohong! Yang kamu ada ialah hanya mengadakan Musabaqah tahunan Al-Quran sahaja. Segala panduan dan isi yang terkandung di dalamnya kamu perlekehkan. Kamu juga telah mencadangkan supaya Al-Quran ditafsir semula (mengikut hawa nafsu) sehingga ada yang tidak nampak sebarang dalil mengenai pengharaman JUDI. Kamu juga menafikan tentang 'Aurat' yang disebutkan oleh Al-Quran dengan mentafsirkannya mengikut kemahuanmu sendiri (hingga isterimu sendiri tak menutup aurat demikian juga anak-anak mu). Kau katakan Hukum Hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai Hudud PAS (tujuan menghina)
Catatan : Aurat Isteri dan anak-anak kita bagaimana ?
Soalan Kelima:
Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?
SiMahaZalim : SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat!!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Bohong! semasa di dunia kamu lebih suka bersaudarakan mereka yang memusuhi agama Allah, musuh Allah. Kamu jadikan mereka sebagai kroni-kroni yang mendapat pembelaan sepenuhnya dari kamu dalam apa jua keadaan. Bahkan kamu telah bersekongkol dengan mereka dalam KONSPIRASI menjatuhkan, mengaibkan serta menghukum SAUDARA sekelian muslimin dan muslimat iaitu DSAI. Kamu reka cipta segala bukti PALSU semata-mata memuaskan nafsu serakah mu. Datuk Harun Din,TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, Datuk Mufti Ishak Bahrom dan lain-lain yang memperjuangkan Islam itu sebenarnya saudaramu tapi telah engkau musuhi mereka demi HARTA DAN KUASA. (lalu dipelangkonglah lagi dan lagi..)
Catatan : Kerana merasa bahawa mereka (yang berkenaan) itu masih taraf saudara(?), saya tergerak menulis 'article' ini. Kerana masih "Husnuz Zan" mengharapkan mereka SEMUA insaf dan BerTAUBAT bukan hanya TAUBUAT.
Selamat BerTAUBAT untuk semua, dan cukuplah TAUBUAT untuk mereka yang ZALIM dan marilah sama-sama BerTAUBAT marilah! marilah!
Catatan : Maka terlerailah rasa bertanggungjawab untuk memperingatkan sesama muslim setelah selesai menghabiskan 'article' ini untuk peringatan kepada semua MANUSIA.
LEGA RASANYA


Bagi org yg Beriman, Jawapan tersebut akan sediakala berada dalam Ingatan Dan jawapan tersebut Akan diterima Bulan2x INSYA'ALLAH

Tuesday, March 1, 2011

kuliah blogger 1 (2/03/11)

utk pasangan suami isteri yg nk erat kn kasih syg
baca surah as syura ayt 19 sebyk 19 kali..
baca & tiup d ubun2 kepala....
jgn selalu mengeluh & ungkit2 tiap kali timpa musibah hukum nya haram & brdosa..
ibarat mcm kita mengeluh &ungkit2 tu cm marah Allah jer...
pas tu d bg nya doa masa d timpa musibah...
doa utk sakit kepala..
surah al waqiah..

hikmah musibah : 1 hapus dosa
2. d tinggi & d angkat kn darjat 
3. dpt pahala xtra

cara terima : 1. redha 
2. igt org lain de lebey teruk dr kita
3. senantiasa brpandangan baik dgn Allah
sekian tQ..kuliah part 1...

Sunday, February 20, 2011

Kain kapan lama

Ini bukan cerita seram. juga bukan cerita hantu. cerita ini tidak diadaptasi dari mana2x filem pun. juga tidak diadaptasi dari kisah benar. kerana tiada org pernah mendengar kisah seorg mayat. semuanya hanya dibaca didalam buku & kitab. cerita ini juga hanya bertujuan utk hiburan. dan rekaan semata2x. (panjang mukaddimah). seorg lelaki memesan pada isterinya "jika ditakdirkan aku meninggal dunia, gunakanlah kain kafan lama untuk membaluti ku." Si isterinya dgn terkejut bertanya, " kenapa Abang???!!!". si suami hanya tersenyum dan tidak berkata apa2x pun. Akhirnya si suami tiba juga masanya. demi cinta isterinya pada sisuami, siisteri hanya mengikut sahaja kehendak suami setelah suaminya pergi. (skip jalan cerita). sesudah imam mengajar mayat suami yg tlh dikebumikan, ditalkinkan dan setelah penutup, bermulalah, bunyi 7 tapak langkah meninggalkan kubur. apabila selesai 7 langkah, datanglah malaikat mungka & nangkir bertanyakan soalan yg sepatutnya pada simayat. belum pun sempat malaikat mungkar dan nangkir memulakan soalan simayat bertanya pada malaikat tersebut. "Ala... apa ni? aku dah lama dalam kubur ni? tgk kain kafan aku pun dah nampak lusuh. pun nak soal lg ka?"

Thursday, January 27, 2011

perkara yang perlu dibuat bila berjumpa Hantu

1. Hantu Pocong
= buka ikatan talinya... mesti dia malu untuk tidak berpakaian. (woi!!! jgn la Woi!!! malula)
2. Hantu galah
=Lalu bawah kelangkangnya... Memang dia pelik... (aku bau manusia, tp kat mana yek?)
3. Hantu raya
= bawa parang sembelih lembu (ok2x, aku takut tgk darah sebenarnya, yg korang tgk aku makan darah tu eksyen jer)
4. Hantu pontianak
= bg dia cd cerita Blade.  (owh, bahaya juga klu aku jumpa negro. tak pasal2x negro tu cabul aku)
5. Hantu toyol
= jerit jer, ha!!! nak kemana tu? nanti dia jwb (hehehe abg sudin, dua pusen)
sila bg jenis hantu yg anda kenali. INSYA'ALLAH sy cuba cari cara penyelesaiannya
(AMARAN!!! DONT TRY THIS!!! hehehe)
Related Posts with Thumbnails