Ini Blog Saye

Saturday, July 19, 2014

Cuba utk aktif...

Assalamualaikum... Dari blogger pemalas... Hahaha baru tahu ada app blogger kat android, klu alang2x dah ada blhla cuba mengaktifkan diri... Hehehe byk benda nak kongsi... Peace round the world... XOXO baby... (cara donnalyn ucap selamat tinggal)

Friday, May 10, 2013

POLITIK PERSPEKTIFKU

Assalamu'alaikum Blogger sekelian... Blog sy ni memang takkan ada org baca sgt... sebab aku bukan Otai Blogger or whatever...
Pasti Sinonim dgn bendera kat Atas... ok... kat sini sy jenis tak suka Fitnah2x...  btw... bendera kat atas ni mungkin dilakar oleh sibendera Biru... Lihatla mcm mn dia lakar bendera selain bendera dia... Orait... start...

Agama= Politik boleh menjadikan seseorg tu mengenali Islam... KNP? dari awal saya kenal politik... masa tu ada 3 parti shj saya kenal... DAP, PAS, BN... pada masa sy mula kenal tu dalam tahun 1995... kecik lg... err tingkatan 1... tak layak lg mengundi... sy tak tahu pun apa itu parti dalam antara tahun 1995 hingga sekarang sy dah kenal... tp saya ingat PAS cuba memperjuangkan hukum Hudud... BN memegang Tampuk pemerintah... sy tak tahu BN bantah... cuma yg saya ingat sy jumpa karikatur menghina hukum Hudud... (sy nampak dgn mata sendiri tp sygnya masa tu takder kamera)... tertanya-tanya jugak sy... knp hukum hudud ditolak? http://bilahrotan.blogspot.com/2011/09/koleksi-pemimpin-umnoapco-hina-islam.html... jgn pandang pada nama BLOG... sebab blog tu menunjukkan kenyataan yg bertarikh... penyokong tetap ada & mungkin yg komen antara penyokongnya... Ok... itu kisah yg lepas... mungkin sy terlepas pandang kesilapan PAS juga... boleh disertakan dalam komen... tp klu berunsur fitnah sendiri mau ingat ha... Lepas mati cerita... Baru2x ni saya terjumpa seorg Pahlawan Melayu... dia perasan FB sy side pada PR... dia tegur... & sy menjawab dgn pengetahuan sy... dan sy tak boleh lupa... memandangkan pahlawan melayu tu UMNO, terpancul dari mulutnya "MELAYU ISLAM" Alhamdulillah, akhirnya barulah NAMA Islam naik dalam parti tu walaupun baru2x ini sahaja... itulah maksud sy politik boleh menjadikan org mengenali Islam... sy tahu 2-2 side ada Ustaz ada Ulama'... cuma buat masa ni sy lebih cenderung pada Ulama PAS sebab Parti tu dah lama menunjukkan Ulama2x dan parti 1 lagi baru sekarang dah ada SUARA... tu pun ada fatwa yg diberi sy tak boleh terima... ada yg boleh juga... jgn risau, sy tak menghina mana2x Ulama, Sebab ULAMA PEWARIS RASULULLAH S.A.W, klu sy hina Ulama dikhuatiri sy tak dpt SYAFA'AT Rasulullah S.A.W bila nak kesyurg... tak pasal2x masuk neraka... takkan nak minta dgn PM kita? wlaupun RASULULLAH S.A.W wafat tp Allah ada utk bg tahu Rasulullah S.A.W siapa yg ikut iapa yg tak. cuma sy akan pilih yg mana sy rasa betul... tak lupa juga sesudah sekian lama parti tu menslogankan "TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA" skg dah ada slogan 

Alhamdulillah... Akhirnya berkembang juga NAMA Islam dalam Parti tu... maafla klu sy ada terlepas pandang... memang ada UMNO bg Duit buat projek masjid, surah, sekolah ma'had... BTW PAS pun ada yg buat k? sama2x ada buat...

Ekonomi= sy memang tak pandai langsung bab Ekonomi... singkatan dia memang Fail sgt2x... so tak payah terangkan ekonomi pada sy berdasarkan fakta ekonomi... tp sy faham 1... harga barang keperluan, Minyak terutamanya, Diingatkan disini MALAYSIA ADALAH PENGELUAR MINYAK, BUKAN PEMBELI... sy ni pekerja kat airport... memang minyak klu takder subsidi amat mahal mengikut PASARAN DUNIA...persoalannya kita memang ada pembeli dari luar yg membeli tanpa subsidi... & negara yg membeli tu beri subsidi kat rakyat dia... & negara kita pun bg subsidi, cuma harga minyak kita mcm sama jer dgn harga minyak yg membeli... UIK??? boleh jugak... hehehe tak dpt nak cari link online harga minyak dunia... ok kawan2x... ni nak tanya ni... klu harga minyak naik? Agak2x pekedai2x, penjual2x, pemborong2x naikkan x harga barang dia? klu sy salah 1 dr diorg memang sah sy naikkan... mana boleh wooo nak rugi berniaga... Apa2x pun... sy pilih Kerajaan yg berusaha memudahkan Hidup Rakyat dia... bukan kerajaan yg sentiasa memberi Alasan bila Rakyat minta sesuatu... At least dari awal 5 tahun selepas kemenangan apa yg sy nak dengar "Baiklah, Saya Akan berusaha... Ini Carta perbelanjaan & pendapatan kita, saya harap Awak faham bgimana sy buat kerja"... Bukan Buat Slogan semata-mata...dan Berlaku JUJUR sebagai ORG ISLAM k? nak2x zaman sumpah laknat ni klu betul sgt bukti tu sumpah laknat sekali...& saya difahamkan Duit Subsidi tu duit kita bayar Cukai gak & gaji org yg mengurus pun dr duit tu... jd klu betul toloooooongla jaga kebajikan kami... jgn menyusahkan kami... sebab memang kami takkan HALALKAN duit kami yg ditipu... ni baru cerita Minyak, byk lg sbnrnya... tp malas taip panjang2x...

FITNAH= inilah cabaran paling best bila berpolitik, dari pada Ahli politik sampai la yg tak tahu politik... mcm2x tajuk fitnah ada... LIWAT, SEX, PENYELEWENGAN, KESESATAN, PENIPUAN, BUNUH pun ada... antara tajuk utama bila fitnah... tu disebut td... kdg2x org yg tak pernah tonjolkan agama pada dirinya tiba2x berucap mcm org wara' Memfitnah Ulama'... memang hebat, sebab apa hebat? sebab dia berani... Maklumlah bukan senang wo klu kita yg selalu dgr ceramah ni selalu dipesan "JGN TUDUH ORG DGN APA CARA KAITAN PUN KECUALI KITA NAMPAK KITA SIASAT DAN KITA YAKIN"... kisahnya mcm ni... ok hari ni A FITNAH B... C PERCAYA... Tiba2x C mati... FITNAH tu tak betul... mcm mn A nak bagi tahu C yg dia tipu & minta maaf? Ingat k? C tu mungkin lebih dr sorg...klu B pulak mati? pun sama... mcm mn nak minta maaf? kita pulak sebagai C jgn terus percaya... jumpa ke2-2 belah pihak... salah sorg menipu kita tak dpt kesan terlepasla kita... tp klu kita tak siasat & main percaya tu sindri mau ingat haaaaaa... Lepas mati jawab sendiri.. lg 1 klu blh kajila betul2x Ahli politik tu... dgr dari 2 pihak, dgr hujah mereka... jgn main sokong... sebab bila kita sokong... kita akan ikut dia... sampai dah mati pun kita bangkit sama2x dia... klu tujunya kesyurga Alhamdulillah, klu tujunya ke neraka LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKAINNI KUNTUMINAZZOLIMIN....

BANGSA & AGAMA= Ish!!! punyala typo tulis Bangsa td... siap nak tertulis BANGLA pun ada... ok... tak dinafikan sy sebagai Bangsa MELAYU nampak kebangkitan bangsa Lain dalam menerajui segenap bidang di Malaysia... Baik dari Ekonomi sampai pekerjaan... ok... kat sini...

 1. sy dah banyak kali nampak, Melayu ni pantang sama2x berniaga main culas... pantang melayu tu hebat dalam pekerjaan pergi kat bos report mcm2x psl kwn tu... ha yg culas tu berlaku depan mata sy yg report tu berlaku depan mata abah sy... mcm ni ke nak melayu maju? taksempat Melayu nak naik menyaingi kaum lain secara sihat.. Melayu sendiri gak yg jatuhkan... Ada juga Ahli politik kita dgn lantang dulu "KAMI PERJUANGKAN KEMELAYUAN!!!"... "PR DERHAKA PADA RAJA MELAYU!!!"... tiba2x Tan sri KHALID cuba kembalikan kuasa sultan melayu mana pergi melayu2x tu? masa tu parlimen kan masih ramai MELAYU? sebagai PEJUANG MELAYU tak kira apa pun, siapa pun bila nak naikkan MELAYU anda sepatutnya dtg bagi sokongan... ni ada yg demam la, sakit perut la... bz nak jaga rakyat setempatla... Come onla... hal ni Amat penting kot klu nak PERJUANGKAN melayu sgt2x... untuk pengetahuan Anda Kuasa Sultan & Raja Melayu dilucutkan Oleh TUN DR MAHATHIR semasa zaman pemerintahan beliau & kedudukan Raja2x Melayu termasuk DYMM dibawah PM... sy tak nafikan Beliau baik walaupun pada akhirnya sy terasa dimomokkan dgn perkataan MUDAH LUPA & HAPRAK... cuma normalkan Manusia buat silap...& sy tahu TERSIRAT & TERSURAT kesilapan dia... x pyh dibincangkan keburukan org k? jadi fitnah pulak nanti...

2. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
(Surah Al-Hujurat, ayat 13)

Tanyala Ustaz Lain pengertian Ayat diatas... No Racist k? kat dunia ni tak pernah ada Agama Melayu, Agama Cina, Agama India... tapi agama org melayu boleh jd Islam boleh jd bukan... Agama Org Cina boleh jd Buddha, Boleh jd bukan, boleh jd Islam... Agama Org India Boleh jd Hindu, Bukan Hindu, Boleh jadi Islam... klu kita perjuangkan Bangsa sgt dikhuatiri kita TERBUNUH ORG SEAGAMA KITA... mana nak jawab lps tu... Akhirat juga... & sesungguhnya Balasan Akhirat tu amat Azab seksaannya... Masa Jibril Turun Jumpa Rasulullah pun yg ditanyanya Islam, Iman Ehsan... Bukan Melayu, Arab, Cina, India ETC... hoh klu ikut Rasulullah S.A.W perjuang Bangsa kaum Qurash shj lah yg boleh kesyurga... & tlgla jgn pandang Bangsa Lain Jahat sgt... sebab sy ni separuh cina... Pakcik sy wlpn meninggal dalam bukan Islam tp dia baik sgt... bayangkan dari seremban naik motor ke federal highway selepas tol dia naik motor tlg sy... So pd kwn2x seagama sy, tlg jgn abaikan agama kerana bangsa k? & pada yg baca blog ni yg bukan beragama Islam, bykkan bertanya pada org yg betul bagaimana Agama Islam memerintah dalam keadaan Rakyatnya ada yg bukan Islam... sy Pasti Anda mampu terima pemerintahan berdasarkan Agama Islam...

JANJI= Tak kiralah janji ditepati ke, Aku janji ke, Akur Janji ke? Janji Dicapati ke setiap Ahli Politik beringat k? nak2x pada yg Islam... dah Berjanji sila tunaikan... Klu tak Kami sebagai Rakyat takkan Lepaskan Anda Dunia & Akhirat... kang tak pasal2x Amalan Pahala terbahagi utk kami sebab tak tepat Janji... Pada Pengundi pula, kita kena faham PERSEKUTUAN & NEGERI... ada yg dijanjikan ialah janji jika menjadi PERSEKUTUAN. jd kita kena faham supaya tak tersalah complain dalam 5 tahun tu...ada yg ckp dgn sy PKR Janji bukan2x pada org Bangsa Bukan melayu... Persoalannya Pernah ke PKR memerintah? ko ragu2x dgn janji PKR, PAS & DAP (PR) sebelum PR jd persekutuan. kat komen tu sila nyatakan kepada sesiapa yg pernah tgk janji tu... tp INGAT!!! JANGAN FITNAH!!!... Bak kata Ustaz Azhar Idrus Ibarat cabut gigi, Cabut gigi yg rosak shj k? yg lain tu tak rosak jgn dicabut... kena pulak doktor BANGANG cakap "Eh! gigi lain pun MUNGKIN rosak, Kita cabut semuala" ha tu la kisahnya klu takut dgn janji PKR tu sedangkan ko x pernah bg peluang kat dia jd. ko mana tahu sebenarnya janji tu baik utk ko ke? persekutuan...http://www.facebook.com/photo.php?v=459147150829380

PILIHANRAYA= hahaha topik paling hangat... sebab baru lepas... Tahniahla pada yg menang... Minta maafla, zaman Kamera ni memang ada shj gambar2x candid... sy tak marah BN sy tak marah PR... sebabnya mcm kes BANGLA... ada yg ckp BN bawak, Ada yg ragu2x sampai cakap PR bawak... Ok mcm ni...kat sini memang amat sukar... sebab masing2x tak tahu siapa bawak siapa bg IC & siapa benarkan diorg Mengundi... klu ada yg tahu salah sendiri kat komen tu sila mengaku sendiri... sebab kalau anda menafikannya lg, Anda digolongkan sebagai PENIPU, & dgn ada yg termakan PENIPUAN ANDA terus percaya tiba2x MATI Anda akan BERTANGGUNGJAWAB dihadapan ALLAH.  tak lain tak bukan tempat Anda kat sana nanti neraka... diulangi NERAKA... sila mengaku sendiri... sy tak salahkan BN, sy tak salahkan PR... tp sy pelik mcm mn boleh terakam Video, Ada gambar, 3 kes utamala... terakam Bangsa bukan warganegara mengundi, terakam Beg kertas undi yg kejap keluar kejap masuk dalam keadaan mencurigakan, Terakam juga beg kertas Undi terjumpa dipadang... yg ke-3 mcm mn nombor kemenangan yg tertukar pun boleh terakam sebelum & selepas Black out... Erm... takperla klu Cuai sebab penat ke apa ke... tp kena ingat, kerja mcm ni penentu masa depan Negara, Rakyat dan diri sendiri... bukan masa depan tu bermaksud sampai TUA... Bermaksud sampai Akhirat tau... klu tak sengaja JD mcm tu In shaa Allah terlepas... tp klu SENGAJA klu sy dlm syurga  pun seronok dgr pihak berwajib menjerit2x kat sana nanti...sebab perbuatan anda melibatkan ramai org tau... baik MENGAKU cepat... tak kisahla ko BN ke PR ke, janji buat kerja tu betul2x... klu tak larat sampai cuai mcm ni sila BERHENTI KERJA... & Pada yg Volunture nak lindung puak ni harap berhati2x... sebab klu diorg MENIPU, Ko Pergi LINDUNG PENIPU, kat sana nanti Allah tarik PENIPU tu dgn Ko2x sekali masuk neraka... nak rasa Api neraka try rasa MATAHARI dulu tahan ke tak... Neraka tu berjuta kali lg panas... Klu diorg tak menipu Alhamdulillah ko terlepas...

 Ok? sy rasa sampai sini kot... dah panjang sgt kan? memang ada yg malas baca terus... BTW segala komen Anda sy akn Ambil sebagai Nasihat, Kutuk sy kita jumpa kat Akhirat Bincang... cuba pusingkan Otak sy pun kita jumpa kat Akhirat Bincang... WALLAHUA'LAM... Assalamu'alaikum


Tuesday, February 5, 2013

ku dah bertunang....

5/2/13 dgn rasminya Official couple... tunang baru... tak leh mcm org kahwin lg... heheheh
Mak Dia suka keluarga aku & mak aku suka keluarga dia
atok dia hulamak alim sgt... (nerves nak kena belajar ngaji blk dgn abah... hehehe)
dalam 2 tahun kot Insya'Allah... lps tu jeng3x... hahahaah terima kasih kat Dia & DIA... Alhamdulillah

Wednesday, December 26, 2012

my future wife...

Assalamu'alaikum... lama x update blog... hehehe memang jenis pemalas Update blog kataka... post kali ni memang penting... sebabnya berkaitan org yg paling penting dalam hidup[ selepas Abah dgn mama aku... hehehe... Introduce

ini lah org tu... nama dia Ainaa Al Mardhiyah Binti Zuknaini... hehehe tak sabar nak ucap "aku terima nikah Ainaa Al Mardhiyah Binti Zuknaini .................."
Perkenalan kitorg hanya dr laman sosial yg bernama Al-Tagged (nak ada Al jugak :-p)... orgnya tak la cute mcm Nora danish, Tak la lawa mcm Ayu Raudah, tak juga cantik mcm Intan Ladyana... tapi pada aku orgnya Manis... & aku takkan lupa pesanan seorg ahli agama yg beriman pesan kat aku, "nak cr jodoh yg rupanya kekal sampai tua cari yg manis"... Perkenalan kitorg bermula pada dec 2008 dimana aku Add dia dlm Tagged... 1 hari tu aku dah boring dgn Tagged Aku beralih pada Facebook. Aku ada sampaikan pesan aku kat dia klu nak hubungi aku sila hubungi di FB... dan akhirnya

memang tak disangka2x permintaan aku tak dipersiakan... Alhamdulillah. semasa mula berkenalan, mcm biasa minta nombor hp... ajak jumpa... 1st kitorg jumpa kat time square kuala lumpur... perjumpaan yg agak janggal, sebab dia bawa sepupu dia... Wallawei... sekali pandang kujatuh hatila... punyala seronok dpt jumpa dia masa tu... tp sebab sama2x malu apa yg dirancang dlm msg tak jd... nak masuk cosmo world, nak mkn nasi arab...semua tak jd... last2x aku belanja dia Air cincau tin & aku mkn nasi goreng USA... kat food court time square... hehehe... selepas tu perkenalan kami mcm biasa, msg2x... calling2x... panggilan pun mcm biasa, dia panggil aku Faiz Aku panggil dia Aina... tp jauh dlm Hati teriiiiiingin sgt panggil SYG... pernah gak cuba2x... tp kena bantah hik2x... maklumla... dia bukan prmpn murahan... dah dia suggest aku baca buku ni...
Serius sweet gila kisah dlm ni... tak caya beli & baca sendiri... tapi sygnya cinta Aku & dia tak mcm dlm cerita ni... lepas baca buku ni aku cuba ajak dia kahwin... tp jodoh belum sampai, Dia nak belajar lg 2tahun setengah... dgn yakin tak yakin psl hubungan ni aku dgn berat hati terima shjla kehendak dia. tahun 2012 merupakan tahu peristiwa yg banyak buat aku... Pergi langkawi, Pergi kelantan, Berhenti kerja kat subang, Kerja kat sepang... tp tempoh penting adalah 12 februari 2012... sebabnya
 
my lovely future wife convo menamatkan diplomanya... & Aku pergi... siap bg bunga kot... depan mak dia... hahahah... lepas tu 7/3/12 aku pulak gi kelantan... dgn niat nak jumpa dia & bw dia jumpa mak aku... tp syg, sebab masa tu Allah menentukan sesuatu, & atas ketentuan Allah tu jugakla aku di nasihat bertubi-tubi oleh mak aku yg juga kucintai... hehehehe... Alhamdulillah, bln 10/2012 perkara ajaib berlaku... tiba2x kitorg bincang pasal kahwin... & dgn berat hati aku ajak dia dtg selangor jumpa mak aku... hehehe Alhamdulillah, sampai gak Akhirnya... 2 hari jumpa, wlpn ada sedikit kekecohan... Utk pengetahuan, Aku ni bukannya baik sgt... mata, otak & tubuh bdn ku dah bergelumang dgn Maksiat... tapi Wanita ini adalah wanita paling berharga buat aku... wlpn dia tahu DETAIL aku mcm mn dia masih mahu terima aku sbgi suami dia kelak dgn syarat aku berubah... Memang aku dah lama nak berubah, & Alhamdulillah wanita ini la yg bantu aku berubah (bukan jd kamen rider k? hahahaah). Skg ni Aku dah mula Panggil SYG, ok memang bukan niat aku nak menggatal k? sbnrnya aku Anggap panggilan syg ni mcm doa supaya aku sgt2x menyayangi dia sampai bila2x... Alhamdulillah juga Doa Aku makbul... makin hr makin bertambah syg aku... Rindu sgt2x. Ssehingga tarikh sekarang ni.. 27/12/12... kitorg dah set akan BERTUNANG pada 5/2/12... Aku akan dtg ke kelantan untuk melanjutkan jodoh aku... Insya'Allah bulan 9/14 @ 2/15 (sebab nak ikut tarikh lahir abah syg)...langsunglah Aku dgn wanita idaman yg bernama Ainaa Al Mardhiyah Binti Zuknaini... Amin Ya Rabbal 'Alamin... Doakan Kitorg k?

Saturday, June 9, 2012

1st Illuminati yg aku jumpa...

Assalamu'alaikum semua... post ni ringkas jer kot... Ada sesiapa yg faham pasal Illuminati? Ok, Illuminati ni ada yg bahaskan Agama yg menyembah dajal atau lebih dikenali freemason... nak tahu lebih? cari Video the Arival subtitle Melayu dah ada dah... Ok... post kali ni sebab aku jumpa 1 video tu... lagu dia best & kartun dia qute... cuba tgk sini http://www.youtube.com/watch?v=wCkerYMffMo... tgk dulu tau... ok... lepas tu aku terjumpa sesuatu... jap2x nak edit gambar... 


Ok... antara ciri2x Dajal bermata 1... nak gi makan dah... jumpa lg... Assalamu'alaikum

Sunday, March 18, 2012

7/3/12 Kelantan trip...

Assalamu'alaikum semua... mcm biasa... org malas update blog memang selalu post tiba2x... hehehe... tunggu dah ambil Wimax nanti rajinla Update utk cari duit... Hr tu Faiz gi kelantan... best kat sana... murah mknn & barang keperluan... yg tak best mana2x parking pun kena bayar... & Cuaca agak tak best... Gambar kali ni ambil kat pantai cahaya bulan... walaupun semua pantai ada cahaya bulan tp mungkin yg ni spesel skit... hehehe... ok2x... sebenarnya apa yg menarik kat pantai ni Ialah angin dia yg sentiasa kuat... lebih kurang 7 tahun lepas faiz dtg pantai ni... tahun ni pun angin dia kuat gak... cuma bezanya dulu takder kamera nak rakam
  benda yg faiz suka buat masa angin tgh kuat... 
Tada... ada mcm gaya Kpop tak Uwekssssss Gediks2x (jolok lidah & muntah2x) hahahahaha mesti tak perasan apa faiz buat ni.

hehehe... Dan Abah faiz pun ambil gambar dgn kedudukan mcm ni... barula nampak

Lepas tu Faiz minta Abah tlg Ambil dekat sikit kot... sebab risau org tgk tak perasan gak lg.

Ok... ni dari Tangan Faiz... (ingat cincin delima tu... dah 5 tahun faiz pki "buat cerita lain pulak hehehe) Tgkla kad tu... tak guna gam tau... sikit pun tak guna gam.

Inilah kad tersebut... Khas dr Czip lee kajang... beli Random & Lucky dpt kad ni... watak utama kot dalam Kamen rider Ryuki... dahla 2nd form... gempakkan?

Tak caya? lg sekali tunjuk... pakai pun jari telunjuk. hahahaha

Akhirnya Si Uci yg berkenan kad tu pun faiz suruh dia tunjuk jari kedepan & faiz letak kad tu hujung jari dia... hehehe sambil cover mata dia pun tiru skill faiz... tp sebenarnya klu reti Angle kad tu blh berpusing... rasanya dah lebih 8 tahun simpan kad ni... cuba ingat balik bila kamen rider ryuki keluar Malaysia... (khas utk peminat kamen rider... hehehe)

Dah boring main kad... nak layan duduk control Macho pulak... Err... ok tak? hehehhe

erm... gambar lebih kurang... Ada perbezaan ni gambar ni... siapa jumpa sila like... hehhee

Akhirnya gambar bertiga pulak. tu Uci lepas jumpa kad jumpa sesuatu yg dia tak boring... hehehe sebenarnya ada jual layang2x... tp mcm mahal jer.

tgk si uci dah mula belajar menukul... kayu tu kebetulan pulak bentuk tukul... memang akal si Uci ni set nak menukulla jwpnya. hahaha

Ok ambil gambar Abah pulak.. selamba berani Abah faizkan sandar kat keta tu... siapa suruh parking tempat pelik2x... hehehe. dahla dekat gak dgn penghadang laut tu... rasanya silap2x blk2x ni karat body. tukul Uci menunjukkan diri dalam gambar.

\Ni gambar waktu senja kat pantai... seramkan? hehehehe

spotlight belakang keta tu mcm buat gambar ni waktu siang tau... sebenarnya dah pkl 8 malam... faiz jamak taqkhir ni. (awal2x dah bg tahu hehehe).
Okla kwn2x... dah siap dah post ni... nanti dah ada wimax memang jd rajin sebab nak cari duit guna blog... tgkla nanti... kena cari gak kawan yang pandai bab cari duit guna blog ni. hehehhe... Assalamu'alaikum... Insya'Allah klu panjang umur bulan 10/12 dan keatas faiz update utk bercuti di philiphine pulak... wakakakaakak. tp sebelum bulan tu ada kot post lain2x. Papai

Sunday, January 29, 2012

Langkawi trip 21/01/2012

Assalamu'alaikum... drpd pemalas Update blog... hehehe... 21/01/12 Faiz gi langkawi... langkawi ni kwn faiz pesan ada 4 jenis barangan shj yg murah. (Minyak Gamat, Coklat, Rokok & Arak)... so sediakan duit anda utk Minyak gamat & coklat. hehehe. masa pergi tu ada mcm2x gak Ujian... nak tahu ke? Add faiz dalam FB... ni FB faiz... hehhee (promot2x)  http://www.facebook.com/faiz.ibni... susah2x post kat sini tepi kiri tu pown adala... hahahaha... Ok, gambar2x tersebut ada yg diambil dr camera berkualiti Samsung Galaksi milik Abah faiz & ada yg diambil dr hp berkualiti gak CSL... (klu adala... br td check file yg diambil mcm tak save pulak. adehlaaaa).Ok... kat langkawi ni ada 2 tempat melawat yg faiz suka pergi... telaga tujuh dgn makam mahsuri...(dahla gambar kat telaga tujuh ambil pki CSL :'-(  )... 
1st pic... masa mula2x masuk kota mahsuri yg kena byr rm5 (oklatu walaupun berbanding dulu free, cuma ada upgrade sikit)... budak lg nampaknya yg main chak lim pong tu... faiz tgh takut ni sebab diorg tgh ngumpat2x jelas cakap pelancong sebelum faiz tak ucap terima kasih (hehehe, faiz pun tak ucap sbb tgk diorg rancak)

pic ke-2... ni kat rumah betul Abah Mahsuri... ada perhiasan tengkorak lama kat situ Wallahua'alam tu yg asal ke ntah sebab langkawikan pernah kena serang dgn siam... tp nampak gempakla... hehehe

Dodoi2x... ingatkan ni buaian anak mahsuri (wahai mahsuri, andaikan suamimu meninggalkan mu sewaktu kehamilan mu, Aku sanggup menggantikan suamimu itu :-P mana blh nikah dgn Isteri org. chet!!!) hehehe... konon2x belajar dodoi anak...

Hehehe, wanita idaman pernah jatuh cinta dgn mahsuri ni dulu masa kecil... tp tak faham apa itu cinta... asyik teringat jer... tp skg fikir2x mak aih takkan aku nak jatuh cinta dgn Arwah kot... dah la skg ni dah 200 tahun kes fitnah tu berlaku. tp tgk2x sesuai tak muka faiz dgn dia... hehehe

hahaha, tgk gambar ni cantik sgt... tu yg ambil lg tu... tp ada surprise!!! jeng3x... sila lihat gambar seterusnya.

 hahaha mcm naik motor nak kukur kelapa yg tiada di tangan, ada sorg nenek tu lepas faiz ambil gambar ni dia pulak duduk... tp duduk stail sopan 2-2 kaki belah kanan... lepas tu faiz terkejutla... terus tanya Faiz salah duduk ke td? nenek tu jwb tak kisah nak duduk mcm mn asalkan selesa... tp klu faiz duduk mcm dia apa pulak rupa lelaki duduk kukur kelapa mcm prmpn. hahahha

ah... Katil ni ada 1 jer kat rumah abah mak mahsuri ni... Tak tahula Mak abah dia punya ka mahsuri punya.. tp katil ni menyaksikanla bgmana terbentuknya seorg mahsuri kot (err... mcm double meaning puilak ish3x) buat2x baru bangun tido...

hns2x... ni berlakon masak2x kat dapur mahsuri... klu nak tahu rumah ni kecil jer... dapur dia sebelah katil dia... ko tak bgn tido memang asap masuk mulutla jawabnya... hahahaha

salah satu lantai kat rumah ni... scary kot... klu lari2x atas rumah ni mahu tersadung kaki... tp adala bahagian ni dalam 6 kali 4 kaki mcm ni... tgk jari hantu kaki kiri tu memaut. hehehe gayat2x...

tada... ambil lg sekali gambar dia... nampak lawa sgt... perasan tak ada byg tu... nyehehehe... seram2x? entahla mana dtg... gambar td takder pulak... ok nak tahu apa surprisenay??? sebenarnya gambar ni bukan gambar Asal mahsuri (ces aku jatuh cinta dgn gambar buatan rupanya)... gambar ni mcm simulate drketurunan pertama sampai keturunan ketujuh mahsuri (aisyah namanya) frust Aisyah dah kahwin :'-(

Ok... bawah rumah mahsuri ni ada penghancur padi... tak ingat nama dia... patutla org dulu2x belajar silat kuat2x.. berat rupa2xnya nak pijak benda ni... silap2x berat badan memang kayu depan tak terangkat tp badan yg stabil atas pemijak tu.... hahaha pssst berat faiz dah 74 kilo kot + berat dosa. hahaha

Ok ni air perigi mahsuri org kata air ni Ubat... tp tak lawan Air ZAMZAM la... syg terlupa bawa botol kosong... klu tak dpt free jer air ni... dahla lepas keluar dr makam tu... baru teringat nak air ni... terpaksa abah patah blk dr telaga tujuh dtg balik makam, gi kat pintu keluar minta penjaga bg kebenaran kejap beli air mahsuri tu... Faiz beli 2... rm 4... hehehehe

sebelah faiz tu my lovely momy... hehhee... dulu masa kecil faiz terbasuh tgn dalam perigi tu terus mak tak nak minum air tu... setelah beberapa puluh tahun akhirnya mak nak juga merasa air tu. Alhamdulillah...

ha... duduk mcm samseng... nak tahu kenapa? hahaha tgk baik2x signboard tu... PANGLIMA HITAM kot... perght dgn sunggun bergaya diriku berlagak panglima... tp kosong... hahahahaah

ha ni nama dia dressing table... utk Isteri panglima hitam kot... tak tahula klu2x panglima hitam pun buat facial mcm faiz buat semalam (1st time)... hehehehe

hebatnya panglima hitam ni bukan sebab namanya... tp yg faiz dapat rumahnya juga... bayangkan dulu2x pun ada fire extinguisher... perght!!! tak tahu pun dulu2x ada bomba... hahahaha kat katil Abah mahsuri tu pun cuba tgk bawah katil... ada penyapu zaman moden. hehehe... rumah Abah mahsuri ni berjiran dgn rumah panglima hitam... memang selalu Bertegur sapala... bagi salam kot. hehehe

ok... ada mcm steve irwin tak? hahaha... tak kan? sebab merak tu dalam sangkar... tak selera dia tgk faiz sampai ekor dia kucup jer. hahaha 

kat makam mahsuri ni ada pameran burung gak... sayangnya gambar ni ak ambil gambar dgn nama burung tu. adehlaaaa

kesian merak ni... ekor2x jer dalam sangkar ni... merak jantan kat sangkar lain... eh ni jantan ke betina? hehehe

ayam kampung yg dijaga bersih dan rapi... sampai nampak telinga...

ni nama dia ayam katik @ ayam serama... (mcm tak tahu pulak. hahaha)


ni burung apa ntah nama dia... burung maple kot... sebab byk maple suka bela burung ni utk telek nasib hish.... Syirik2x...

ni Itik kecil yg boleh terbang... hidup dilautan... org Indon byk masak burung pakai burung ni... tak tahula mcm mn diorg tangkapkan? takkan pakai pancing ikan kot. hehehe

alamak... lupa nak ambil nama juga... pelik jer rupa burung ni kan... kerja dia asyik gigit2x cari kutu kot... nak snap gambar pun payah...

ni pun tak tahu burung apa... tp yg tak bestnya budak tu nyibuk la kat situ... hahaha sukati diala nak nyibukkan?

ni mcm burung hantu sebab diam jer... ingatkan patung... rupa2xnya burung helang... dapat tahu burung yg lebih samseng dr helang ni burung rajawali... tak tahula burung hering lg samseng ke tak... tp ada tgk scene burung raja wali lawan burung helang... memang terbaik!! burung helang tu takut walaupun burung rajawali tu lg kecik saiz dia.

ok... ni kat kampung beras terbakar... dah tak nampak beras tu dah... hehehe

kat oriental village ni la tempat kereta kabel... nak naik kena beraur 2 tingkat sebab hr tu diskaun... err takperlaaa.

OK... berikut adalah gambar yg berkualiti CSL... tersilap settingla pulak... kesian gambar aku ni... hehehe)
nila jalan nak ke kubur mahsuri & makam2xnya... abah tak bg ambil gambar jarak dekat... mana a tahu uncle seekers minat pulakkan? heheheheh dpt tahu kubur ni pun bukan kubur asal... kubur yg sebenar kat pulau lain WALLAHUA'LAM... tak der pula org nak korek kubur ni buat DNA testkan?

Orait dah berada kat telaga tujuh... terpaksa pakai HP sendiri sebab abah tak larat naik... sedangkan GUNUNG 800 meter aku daki ni pulak tangga 300 meter... hehhee.. mengah gak la sebab dah lama tak berlatih... ada awek kat tgh2x tangga tu siap ckp sikit lg BANG... aduh lg semangat... lawa pulak tu aweknya... (ngerrrr.... gatal2x jiraiya) sebab nak cepat sampai ucap terima kasih jer dgn awek tu...

jumpa sorg abang kat atas tu bila dah sampai... minta tlg ambil gambar... dahla skrin tak nampak sebab keadaan masa tu cerah sgt (yerla ribut mataharikan skg ni)... lupa nak bg tahu kamera tu delay 60 saat... ades....

ni ambil sendiri dari telaga tujuh ambil gambar telaga yg ke-2 kot sebab telaga 1 & 2 kebawah sikit.

ni telaga ke -5 rasanya... tp ada yg moderate la pulak kat situ... elok jer petak... kat telaga 7 ni pun air dah makin kurang... siap ada bahagian telaga tu ada kesan minyak timbul lg...

ni la mulanya telaga ke7... ke telaga 1st? hehehe... lantakla... tp klu ikut mula air mengalir ni telaga 1st...

rehat2x kat pondok tu nampak pula kera 3 ekor... apa lg kwn karib beb... snapla... hahahha

silap gambar tak clear... sebenarnya kera2x ni tgh wrestling... ntah mcm mn blh tahu WWE ntah... ada tv kot atas ni... tp tv kampung bunian... agaknyala... hehehe

ops silap... gambar td ada 2 ekorkan kera tgh wrestling... yg ni ada lg sekor lonely kat situ... kesian dia. hahaha

gambar ni faiz ambil sebab pelik... dalam byk2x pokok tiba2x 1 pokok ni shj yg terang benderang... pokok apa kah itu? jeng3x... Entahla... klu org kg tahu kot.

ok sebab masa ni nak turun tangga dah snap kejap gambar telaga 1st /. telaga ke tujuh... dah tak tahu ni hujung ke pangkal... klu ikutkan faiz ni yg 1st sebab sampai2x jumpa yg ni dulu... siap pagar kot... curam tau bawah tu... klu terjatuh hanya Berserah Pada Allah jer hidup normal blk ke, hidup cacat ke, tak pun kepangkuanNya terus. hehehe

sebenarnya ada burung enggang kat sini (hr tu tersebut burung kenyalang) hehehe.. cuba cr... klu jumpa sila like... (mcm ada buatng like pulakkan? hehehe)


OK... sampai sini shj gamba yg ada... faiz dapat gi langkawi ni sebab tiket free company setahun sekali... dah 5 tahun kerja baru ni claim... root baru pulak tu... seat memang penuh sampai faiz duduk dgn pilot & co-pilot... kerusi faiz tu dipanggil JUMP SEAT. hahaha... kerusi melompat yek?... Okla... sampai sini kot... ntah bila nak update blog lg... Tunggu2x jerla k? Assalamu'alaikum.


Related Posts with Thumbnails