Ini Blog Saye

Saturday, June 26, 2010

ayahku bergaduh dgn org kelantan (cerita tersebut ada sebanyak rekaan)

Ayahku seorang penghulu... Panggilannya 'Tok' untuk org yg dtg ingin meminta tlg. Tidak ku tahu dari mana cerita ini berlaku... cuma ayah aku terus bercerita semasa ayahku berborak dgn org kelantan ayahku menyebut... aku tahu, org kelantan tak tahu kijang...berikut adalah dialog tersebut

Ayahku: aku tahu, org kelantan tak tahu kijang tu apa dia.
org kelantan: Eh, apa tak tahu pulak, dari aku belum sekolah aku tahu kijang tu apa dia.
Ayahku: jangan nak tipu, ko org kelantan memang tak tahu kijang tu apa dia.
Org kelantan: Tok ni jgnla mcm tu, main fitnah org kelantan tak tau kijang, tp mungkin org bandar asal    
                     kelantan tak taula
Ayahku: Ah! memang org kelantan kg ke Org kelantan bandar ke tak tahu kijang tu pa dia.
Org kelantan: Eh! Tok ni, knp ckp mcm tu?
Ayahku: Sebab org kelantan sebut kije, bukan kijang.
Org kelantan: Ah! yela, Tok betulla mcm tu.

Makan burger tepi jalan yang dahsyat...

suatu tghr... aku balik dari sekolah... sedang  menunggu ayahku menjemput aku di tepi jalan... perut ku lapar... teringat pula burger yang ku beli semalam di kota raya (hebat tak hebat simpan burger petang smlm makan tghr ni)... burger tu adalah burger special berharga rm 2. burger daging bersalut telur... penuh dgn mayonis dan sos cili...(tak payah upload gambar kot)... sedang ku duduk ditepi jalan sambil memerhati bdk2x sekolah rendah bermain-main. Aku pun mula membuka bungkusan burger tersebut dan mula menjamahnya... tiba2x... ada seorg bdk india menegur ku (DEI!!! teguran seorg india) sambil menunjuk sesuatu didepanku... aku pun memandang sedikit kebawah dihadapan ku... memang terbaik!!! bdk tu memang hebat... kulihat bangkai anak anjing yang telah leper sampai hitam didepanku... kerana kontrol macho... aku terus melahap burger special tersebut sampai habis walaupun di tekak ku terasa sesuatu yang dahsyat... sampai sekarang aku masih mengingat untuk melihat sekitar ku dahulu sebelum makan...

Mimpi

Tajuk diatas merupakan cerita pertama mimpi yang aku ingat sampai sekarang... cuma sudah lupa tarikh dan waktunya... kisah kali ini merupakan mimpi yang agak lawak berlaku pada  ku... Sudah ku lupa tarikh... sudah kulupa waktu... sudah kulupa jua umurku ketika itu... cuma yang aku ingat mimpi tersebut pada hari cuti persekolahan berlaku diatas katil rumahku di cheras (tu pun ntah betul atau tidak)... mimpi tersebut menunjukkan aku di restoran macdonald's... direstoran tersebut aku teringin nak makan big mac
(untuk rujukan anda inilah big mac

 (ntah mana dpat nama)... sesudah big mac tersebut siap disediakan... dgn tak baca BISMILLAH aku terus pegang dan sumbatkan kemulut ku... tetapi aku hairan... kerana big mac tersebut tiada perasa... liyat dan susah untuk dikoyakkan... setelah sekian lama barulah aku sedar... aku sedang menggigit sehelai selimut yang berwarna kuning milikku... aduhai... mengigau makan big mac sampai termakan selimut...

Thursday, June 24, 2010

kisah cikgu ku dikejar sesuatu

Suatu hari... cikguku sedang berjalan didalam hutan... (tidak tahu untuk apa)... Mungkin menikmati kesejukan embun pokok... sambil menenangkan mata melihat tumbuhan hijau... ataupun ingin menguji kesabaran meredah hutan dgn belajar mengawal keseimbangan badan... (maklum... cikgu silat) tiba2x dia ternampak se ekor makhluk yang sangat hitam... dimulut makhluk itu terdapat taring menaik macam mamee monster... bezanya mamee monsteer taring 1... seperti gambar dibawah...

Tetapi makhluk ini taringnya 2


                                                 
begini jugalah rupa makhluk tersebut... Dan2x Cikguku dikejar oleh makhluk ni (tak baik sebut nama)...
Cikguku teringat kata2x org tua2x lari membelok sebab benda ni kejar kita semborono (faham tak?) semborono tu mcm main terus lurus jer... Cikguku didalam kekalutan mengikut kata2x org tua2x tersebut... Tetapi tersilap 1 perkara


sepatutnya cikguku membelok 1 arah... tetapi jd mcm ni pula... Nasib cikguku baik kerana tidak silap aku ada sebatang pokok didepan cikguku... dengan berkat berlatih kekuatan kaki cikgu ku melompat terus memanjat dahan pokok yang tinggi dan duduk diatas pokok tersebut sehingga makhluk tersebut beransur pergi... Itupun setelah makhluk tersebut berjaya menanduk pokok yang cikguku panjat sampai bergegar mcm gempa bumi pokok tersebut (kesian pokok)

Monday, June 7, 2010

kisah benar minang & banjar...

Opah ku (nenek belah mak) = minang
nenek ku (nenek belah ayah)=banjar

Opah ku melawat ibu dan ayahku. kebetulan nenek ku ada dirumah itu... Opah ku tidak dapat berjumpa ibuku kerana ibuku ketandas... Opah ku bertanya kepada nenek ku... "MIMI mana (nama ibuku)" nenek ku menjawab "MIMI Berkameh (Buang air kecil dlm bhs banjar)" Opah ku bertanya kembali "MIMI Berkemeh nak kemana?"

kenapa Boleh dikatakan ninja kalah dgn silat di Malaysia?

Ninja: teknik balingan shuriken!!!
Silat: ha... dah lama aku fikir kuih tat raya tahun ni nak buat bentuk apa...

Ninja: teknik pembahagi bayang!!!
Silat: ha... bagus2x, buatla ramai lg... aku nak pindah rumah dah lama. Orang kg tak nak tlg angkat rumah aku ni...

Ninja: teknik berjalan panjat batang pokok!!!
Silat: Woi!!! sarang tebuan atas tu Woi!!! klu lebah blh tlg ambil madu...

Ninja: teknik seruan!!!
Silat: La... awat hantu raya hang bentuk katak ni? pilihla bentuk lain... Boleh tlg aku jaga sawah...

Ninja: Teknik penyamaran!!!
Silat: Eh! minta tlg? bini kat rumah aku tu garang betul... hari2x ko dtg menyamar ganti aku dgr dia mengamuk blh?

Ninja: Teknik rasengan!!! (naruto)
Silat: Uh!!! lega... panas betul hari ni... Buat besar sikit jurus tu... apa ko panggil? gasing?

Ninja: Teknik chidori!!! (naruto "jurus sasuke")
Silat: ni tgk rumah aku ni dah sebulan takder letrik sebab tak bayar... tlg cas Hp aku ni...

Ninja: Teknik melarikan diri dgn kepulan asap!!!
Silat: Woih!!! aku tak habis lg nak minta tlg ko ni... ni asap ni mcm asap rokok Marlboro... Bgla sebatang...

langgar lampu merah

Ali seorang pemandu yang gemar melanggar lampu merah... dgn alasan 1 shj... (abg aku selalu buat mcm tu)... suatu hari... ali membawa abu bersiar2x menggunakan kenderaan yang tidak diketahui motorsikal @ pun kereta @ pun basikal (ah! Whatever)... lampu trafik pertama (merah)... Ali dgn selamba tidak ambil kisah dan terus jalan Walaupun Lampu Merah... Abu Bertanya "apasal ko tak ikut lampu tu?" Ali menjawab "Abg aku selalu buat mcm tu"... Lampu trafik ke-2 (merah) Seperti biasa... Ali dgn selamba tidak ambil kisah dan terus jalan Walaupun Lampu Merah dan abu bertanya lagi "Eh! ko dah gila ke buat mcm ni?" Ali menjawab "Ko jgn risau... Abg aku selalu buat mcm tu"... Akhirnya Lampu trafik ke-3 (hijau) Dgn cemas Ali menekan brek utk memberhentikan kenderaan dgn mengejut. Dgn Nada mara abu bertanya "Eh ko ni dah gila ke? tu lampu hijau ko berenti buat apa?" Ali dgn cemas menjawab "Ko Tau tak? aku risau Abg aku yang suka langgar lampu merah kat simpang sebelah... jap lg masak kita kena langgar dgn Abg aku dari tepi klu aku jalan td... tu yang  aku berentikan kenderaan ni... nak tgk abg aku7 ada ke tak".
Related Posts with Thumbnails