Eeeeeh salah. yg ni anak buah aku. Mohammed yusri Hakimi Bin khairul Nizam nama dia... ni gambar Abah aku.
Haaaaa. utk pengetahuan korang, Abah Aku ni hensem orgnya. umur dah 60 masa gambar ni. tp nampak mcm 50 tak? Orangnya gagah, byk pengalaman. org kampungla katakan. bygkan secara fizikal pun org kampung yg masa umur 50 dah ada sebiji banglo dgn duit yg tak syubhah (ALHAMDULILLAH). walaupun BPR siap dtg buat Audit tp tak kantoi dgn cara yg betul. memang best. secara Batinnya byk gak dia Ada, Cikgu silat aku pun siap ckp knp aku tak minta dgn Ayah aku, tangan dia tgk pun dah tahu ada sesuatu, tp aku pun tak tahu apa dia. Abah aku ni org yg suka batu cincin, tak kira jual @ beli. skg ni koleksi batu cincin dia yg paling berharga batu delima beruratkan kalimah Allah dlam bahasa jawi.
Cuba tgk betul2x. hehehe. Ok, Abah aku ni bekas penghulu, dulu Abah erlibat dalam NGO UMNO. setelah Abah pencen dgn sekuderatnya Abah halang aku dalam UMNO. at last aku faham kenapa. tak perlu nak cerita kot. (lu pikirla sendiri) hahahahaa. & 1 perkara, Abah aku ni memang berani sgt2x orgnya. mengorat mama aku, kejar blk hantu yg kejar Abah aku. yg terbaru ni lembaga hitam muncul depan Abah. Abah buat apa tau, Abah buat dek. hahahaah. fuh memangla dahsyat.
ok. ni perbezaan Abah masa muda dan dah berumur, hampir sama kan? hehehe Awet muda.
beralih pada cerita mama pulak.
Masakan Abahku blh jatuh chenta sama mama Aku sehingga kegerbang perkahwinan. hehehe. Mama aku ni pun tak kurang hebatnya. dulu mama belajar silat seni Gayong Malaysia dah nak jd guru. tp sebab opah Aku halang terus mama terpaksa berhenti. klu tak mama Aku ni sebenarnya patut dah blh jd dato'. Aku dpt tahu dr mulut mama sendiri, mcm2x mama aku ni boleh buat, tarian selendang cina, belajar selalu dapat no 1 masa kat convent port dickon. masuk silat. tp semua kerana Opah aku yg suka percaya fitnah mulut jiran pasal mama aku ni akhirnya mama aku ni jd org kebanyakan shj. mana taknya, masuk silat tak bg, masuk tarian selendang cina suruh berhenti, belajar dah elok kat sekolah port dikcson opah aku hantar mak aku keseremban sebab percaya fitnah jiran. kat seremban tu pulak makngah Aku yg jaga. memang TEROK SETEROK TEROKNYA!!! (geram2x). sebab hidup mama aku masa tu memang dah mcm bawang merah bwg putih. belanja opah aku hantar mak ngah aku sapu semua, baju seluruh keluarga mak ngah aku mama aku kena basuh, kena giling cili 1 baldi setiap hari. org gaji pulak lepas tu yg rileks lebih dr mama aku. nasib baik masa tu aku tak lahir lg. klu Aku lahir memang aku bw lari mak aku ke mana2x madrasah. kesian mama aku, hal agama mak ngah Aku tak ajar walaupun sikit. yg mak ngah aku tahu, BULI mak aku. Alhamdulillah, setelah mama aku kerja Akhirnya mama & abah berjumpa. Dan mama aku dibebaskan oleh ayah aku. itu pun duit hantaran yg Ayah aku bg disapu semua oleh mak ngah aku. hehehehe. masa mama & Abah nikah aku la saksi (hececece, gurau jer, lahir pun tak masa tu). ha ni antara gambar kenduri maharaja & permaisuri hatiku.
Alhamdulillah, murah rezeki mama & Abah aku, 3 org cahaya Mata di produksikan. 3-3 hero. termasuk yg menaip ni. hahahaha. Ok, dah nak mengakhiri cerita tentang Advanture mama & abah Aku. bestkan? setelah abg2xku berkahwin maka nila gambar terbaru keluarga Aku.
Teringat 1 kisah seorg maharaja yg sombong. Bila seorg ulama menegurnya,
Ulama: Kamu bangga dgn kedudukan kamu sebagai raja?
Raja: Ia, kerana aku adalah org yg berkuasa disini.
Ulama: kamu rasa kamu berkuasa? sedangkan kamu tidak Ingat lg asal usul kamu?
Raja: Aku masih ingat, Ayahku juga seorg Raja dan Ibuku seorg permaisuri.
Ulama: Kamu salah!!!, Kamu adalah satu hidupan dari kemaluan Ayah mu, Kemudian kamu pindah dan diberi nyawa didalam rahim setelah melalui kemaluan Ibumu. Akhirnya kamu lahir didunia melalui kemaluan Ibumu. Apa kamu bangga dgn Itu? Dan Sekarang kamu sudah lupa kelahiran kamu tidak sehebat mana pun berbanding kelahiran lain. Semuanya kelahiran sama sahaja.
Akhirnya Raja tersebut Insaf & bertaubat kepada Allah. (kisah ini aku dgr dr seorg Ustaz semasa aku bersekolah Menengah.)
Oleh itu kita patut sedar, Siapakah kita jika nak dibandingkan dgn Ibu dan Ayah kita. walaupun mungkin suatu hari nanti sekiranya Ibu Dan Ayah sudah tidak sesihat kamu, Tetapi dgn Apa yg mereka korbankan utk kamu, jagalah mereka sebaik-baik mereka menjaga kamu, jgn meninggi diri dgn ibu dan ayah kerana darjat kamu dgn ibu dan ayah kamu hanyalah tempat yg kotor shj. sekian Assalamu'alaikum.
1 comments:
akhirnya KULAAN TEMPUR buat gak entry yg syahdu sgt...
Post a Comment