Ini Blog Saye

Sunday, May 15, 2011

Kisah 3 Ahli Ilmu pertahanan dan Lalat.

Suatu hari, sewaktu Tanah melayu masih bernama TANAH MELAYU. yg kini bernama Malaysia, dimana Penghuninya dulu Melayu sahaja, kemudian Melayu, Cina, India. tetapi kini pelbagai bangsa, seperti Myanmar, Nepal, Indonesia, Cina singapura, cina dr China. India dr negara India, pakistan, bangla dan yg se Asing dgnnya. Kita berAlih kepada cerita semasa Zaman tanah melayu. Kisahnya 3 pahlawan berkumpul ingin menunjukkan kehebatan. Pahlawan tersebut terdiri dari
 Jepun yg membawa Ilmu Karatenya,


Cina yg membawa Ilmu Wushunya, Dan


Melayu yg membawa Ilmu silatnya.

Masing2x Ingin menunjukkan Ilmu Pertahanan Bangsa sendiri. Subjek yg digunakan. Lalat.



Lelaki jepun memulakan pertunjukan. Seekor lalat dilepas kan. HEEEEEAAAA!!!, selaju kilat lelaki jepun itu memancung lalat tersebut menggunakan tangannya. Melekat lalat tersebut diatas Meja. Lelaki cina pula tercabar, setelah seekor lg lalat dilepaskan, Diambilnya pedang wushu Dan Dilibas pedang tersebut pada lalat yg dilepaskan. Lalat itu kelihatan masih hidup, Tetapi berpusing2x lalu jatuh Diatas meja. rupa2xnya salah satu kepak lalat tersebut telah kudung dipotong oleh pedang pemain Wushu tersebut. Giliran Ahli silat pula menunjukkan kehebatan. Setelah lalat dilepaskan, dgn menggunakan Keris, Ahli silat tersebut menari bersama Keris, Kekiri, Kekanan, Tikam, kebelakang, kerisnya bergerak seperti berlawan dgn musuh yang ramai. tetapi Lawannya hanya seekor lalat. Pahlawan Cina dan jepun Tergelak menyaksikan gelagat Ahli silat tersebut. kemudian Keris disarungkan kembali. Ahli silat itu duduk meninggalkan Lalat yg masih beterbangan. Tetapi Lalat tersebut seperti terkena sawan, terbangnya terhuyung hayang, berpusing pusing, walaupun dapat mendarat Lalat tersebut terlompat kembali terbang keudara, terdengar seperti suara tangisan pada lalat tersebut. Akhirnya lalat itu terpaksa mendarat dgn keadaan terbalik.

Kemudian pengadil mengambil Lalat yg telah digunakan untuk menguji kemampuan 3 pahlawan td. Lelaki jepun mendapat 9/10 markah kerana tepat dan laju. lelaki cina mendapat 9/10 markah juga kerana teliti dan tepat. Akhirnya Tiba masa pengadil mengambil lalat yg digunakan utk menguji pahlawan silat, lalat tersebut diletak bawah mikroskop. Akhirnya keputusan diberi, Pahlawan silat mendapat 10/10 markah kerana tepat, teliti, cekap dan laju. sebabnya kerana Lalat tersebut berjaya dikhatan oleh pahlawan silat tersebut. Sekian cerita Lawak dr Abah Aku yg hampir buat aku tersedak semasa mkn mlm td. Cerita ini telah diubahsuai sedikit sebanyak. hehehe 

Saturday, May 7, 2011

Mama & Abah.

Assalamu'alaikum. Hehehe, posting kali ni berkisarkan Family Aku... Aku ada seorng Abah dan seorg mama. sebab memang unsur Aku pun dr 2 org ni. hahahaha. Abah Aku ni seorg Lelaki. tak caya? tgk ni.


Eeeeeh salah. yg ni anak buah aku. Mohammed yusri Hakimi Bin khairul Nizam nama dia... ni gambar Abah aku.


Haaaaa. utk pengetahuan korang, Abah Aku ni hensem orgnya. umur dah 60 masa gambar ni. tp nampak mcm 50 tak? Orangnya gagah, byk pengalaman. org kampungla katakan. bygkan secara fizikal pun org kampung yg masa umur 50 dah ada sebiji banglo dgn duit yg tak syubhah (ALHAMDULILLAH). walaupun BPR siap dtg buat Audit tp tak kantoi dgn cara yg betul. memang best. secara Batinnya byk gak dia Ada, Cikgu silat aku pun siap ckp knp aku tak minta dgn Ayah aku, tangan dia tgk pun dah tahu ada sesuatu, tp aku pun tak tahu apa dia. Abah aku ni org yg suka batu cincin, tak kira jual @ beli. skg ni koleksi batu cincin dia yg paling berharga batu delima beruratkan kalimah Allah dlam bahasa jawi.
Cuba tgk betul2x. hehehe. Ok, Abah aku ni bekas penghulu, dulu Abah erlibat dalam NGO UMNO. setelah Abah pencen dgn sekuderatnya Abah halang aku dalam UMNO. at last aku faham kenapa. tak perlu nak cerita kot. (lu pikirla sendiri) hahahahaa. & 1 perkara, Abah aku ni memang berani sgt2x orgnya. mengorat mama aku, kejar blk hantu yg kejar Abah aku. yg terbaru ni lembaga hitam muncul depan Abah. Abah buat apa tau, Abah buat dek. hahahaah. fuh memangla dahsyat. 
ok. ni perbezaan Abah masa muda dan dah berumur, hampir sama kan? hehehe Awet muda. 

 beralih pada cerita mama pulak.
bukan kanan tau. kiri tu mama aku, mama aku ni perempuan, cantik orgnya. Tak caya? ha tgk ni.


  Masakan Abahku blh jatuh chenta sama mama Aku sehingga kegerbang perkahwinan. hehehe. Mama aku ni pun tak kurang hebatnya. dulu mama belajar silat seni Gayong Malaysia dah nak jd guru. tp sebab opah Aku halang terus mama terpaksa berhenti. klu tak mama Aku ni sebenarnya patut dah blh jd dato'. Aku dpt tahu dr mulut mama sendiri, mcm2x mama aku ni boleh buat, tarian selendang cina, belajar selalu dapat no 1 masa kat convent port dickon. masuk silat. tp semua kerana Opah aku yg suka percaya fitnah mulut jiran pasal mama aku ni akhirnya mama aku ni jd org kebanyakan shj. mana taknya, masuk silat tak bg, masuk tarian selendang cina suruh berhenti, belajar dah elok kat sekolah port dikcson opah aku hantar mak aku keseremban sebab percaya fitnah jiran. kat seremban tu pulak makngah Aku yg jaga. memang TEROK SETEROK TEROKNYA!!! (geram2x). sebab hidup mama aku masa tu memang dah mcm bawang merah bwg putih. belanja opah aku hantar mak ngah aku sapu semua, baju seluruh keluarga mak ngah aku mama aku kena basuh, kena giling cili 1 baldi setiap hari. org gaji pulak lepas tu yg rileks lebih dr mama aku. nasib baik masa tu aku tak lahir lg. klu Aku lahir memang aku bw lari mak aku ke mana2x madrasah. kesian mama aku, hal agama mak ngah Aku tak ajar walaupun sikit. yg mak ngah aku tahu, BULI mak aku. Alhamdulillah, setelah mama aku kerja Akhirnya mama & abah berjumpa. Dan mama aku dibebaskan oleh ayah aku. itu pun duit hantaran yg Ayah aku bg disapu semua oleh mak ngah aku. hehehehe. masa mama & Abah nikah aku la saksi (hececece, gurau jer, lahir pun tak masa tu). ha ni antara gambar kenduri maharaja & permaisuri hatiku.

Alhamdulillah, murah rezeki mama & Abah aku, 3 org cahaya Mata di produksikan. 3-3 hero. termasuk yg menaip ni. hahahaha. Ok, dah nak mengakhiri cerita tentang Advanture mama & abah Aku. bestkan? setelah abg2xku berkahwin maka nila gambar terbaru keluarga Aku. 

Teringat 1 kisah seorg maharaja yg sombong. Bila seorg ulama menegurnya, 
Ulama: Kamu bangga dgn kedudukan kamu sebagai raja?
Raja: Ia, kerana aku adalah org yg berkuasa disini.
Ulama: kamu rasa kamu berkuasa? sedangkan kamu tidak Ingat lg asal usul kamu?
Raja: Aku masih ingat, Ayahku juga seorg Raja dan Ibuku seorg permaisuri.
Ulama: Kamu salah!!!, Kamu adalah satu hidupan dari kemaluan Ayah mu, Kemudian kamu pindah dan diberi nyawa didalam rahim setelah melalui kemaluan Ibumu. Akhirnya kamu lahir didunia melalui kemaluan Ibumu. Apa kamu bangga dgn Itu? Dan Sekarang kamu sudah lupa kelahiran kamu tidak sehebat mana pun berbanding kelahiran lain. Semuanya kelahiran sama sahaja.

Akhirnya Raja tersebut Insaf & bertaubat kepada Allah. (kisah ini aku dgr dr seorg Ustaz semasa aku bersekolah Menengah.)

Oleh itu kita patut sedar, Siapakah kita jika nak dibandingkan dgn Ibu dan Ayah kita. walaupun mungkin suatu hari nanti sekiranya Ibu Dan Ayah sudah tidak sesihat kamu, Tetapi dgn Apa yg mereka korbankan utk kamu, jagalah mereka sebaik-baik mereka menjaga kamu, jgn meninggi diri dgn ibu dan ayah kerana darjat kamu dgn ibu dan ayah kamu hanyalah tempat yg kotor shj. sekian Assalamu'alaikum.

Sunday, May 1, 2011

Purdah pada Aku. (PPA)

Assalamu'alaikum semua, hahaha. seperti biasa, aku ni bab2x agama bukannya handal. tp langsung tak handal pun. topik purdah ni pun cuma pendapat aku sendiri. klu nak tahu pasal purdah ni. blhla tgk blog http://mujahidahsyahidfisabilillah.blogspot.com/2010/07/kelebihan-wanita-memakai-purdahniqab.html dan sewaktu dengannya. klu nak baca cerita seram pasal purdah tgkla http://halaqah.net/v10/index.php?PHPSESSID=l60qtggkdfgbhsultb72lskkv6&topic=3201.0. memang aku pun kecut perut membacanya. ok, ada kwn yg bertanya pada aku pasal purdah, sebab dah 2 kali mimpi pki purdah. Bagus orgnya, rajin bertanya. cuma 1 shj, Innama A'malu bin Niat (minta maaf tak dpt dlm bahasa jawi). Niat memakai purdah kerana apa? pastikan hanya kerana Allah, tunduk & tawadho' kepada Allah. Bukan kerana benda lain. mcm nak menunjuk. sebab aku sebabagai org yg nakal pun terjumpa gak video prmpn pki purdah yg tak betul. tarian disko la tgh pki purdah. Jd mcm imej shj pulak purdah tu.  cuma dr pendapat abah aku yg rajin belajar agama pun ada ckp, purdah ni sunat shj. dalam Islam hanya digalakkan, bukan diwajibkan. kena faham beza antara galak & wajib k? digalakkan utk wanita biasa. diwajibkan utk wanita luar biasa. ok sebagai contoh wanita luar biasa,  sekiranya perempuan tu berwajah kurang cantik (bahasa sopan hehehe). mana dia pergi org takut & tak selesa dgn rupa dia. rasa mcm nak lari pun ada. Karang gi supermarket pergi mana2x bahagian org nak beli brg pun tak jd sebab tgk muka dia. ha yg ni wajib gak la pada aku. 1 lg kes sekiranya perempuan tu memang lawa. tak kira lelaki muda sampai ke tua tgk shj wajah dia terus melekat. tgk jer sampai dia pergi. tu takper lg, ni tgk2x terus ekor & berniat tindakan selanjutnya. mulala kes rogolla, kes pukau & rogol sampai mengandungla. kes rogol & bunuhla. mcm2xkan? 3 kes plg popular kot kat Malaysia ni. yg ada kaitan dgn wanita. yg ni diwajibkan memakai purdah. (sumber wajib ni dr salah satu Ustazah aku masa tuisyen spm kolej sal dulu). Ok, selesai, ni ada satu cerita lawak gak pasal purdah. baru2x ni aku gi KFC sunway piramid, lama dah tak mkn ayam pembesar dada (sila cari sumber maklumat ni sendiri hehehe). Tgh duduk2x, aku terpandang seorg wanita arab. kulit gelap2x sikit. dgn tak sengaja aku terpandang cara dia makan sambil pki purdah tu. TOUUUU dia, aku ingat dia selut tgn dr bwh purdah dia. rupa2xnya dia selak purdah dia dan


NGAAAAAAAAAAAAAPPPPP. daging ayam pembesar dada yg kecil disuap begitu rupa. sikit punya besar kot mulut dia. hahahaha. terkejut aku. lepas tu dia perasan aku pandang dia pun
mata aku. ieeeeeuwww. takutnyer... terpaksa aku berselindung dgn kepala org lain takut dgn mata dia. hehehe. Lg satu cerita pasal sorg wanita pakai purdah kat hospital, putih melepak. suami dia ada gaya2x Arqam @ tabligh. Alhamdulillah, isteri solehah suami soleh. tp aku pelik naper bdn isteri dia lain macam. sekali dia duduk baru tahu, sungguh besar perutnya. owh hebat gak purdah ni, klu pandai pakai, tgh mengandung pun hanya org tertentu shj blh perasan. jgn tanyala mcm mn aku perasan, psikologi shj k? susah nak terangkan. Worait, sampai sini shjla isu aku pasal purdah ni. Apa yg penting KERJAAAAASAMA (melalut dah). balik pada pesanan td. semuanya bergantung pada niat, wlupun berpurdah mengerjakan amalan sunat Ttp hati riak muncul lg bahaya, bukannya pahala tak dapat, dosa pulak yg terpalit. (bukan brngan alat tulis jenama pallito). ok, dah2x, mlm sngt ni. dah pg pun. nak titow. Assalamu'alaikum.
Related Posts with Thumbnails