Ini Blog Saye

Saturday, April 16, 2011

Api

terima kasih pada pemilik pemilik blog semanis Anggur kerana memberi Idea utk kupas tajuk ni. utk pengetahuan para pembaca yg tak tahu ada @ tak yg baca, tajuk ini tiada unsur2x spesifik, semuanya hanya mengikut akal & fikiran yg tersimpan dalam otak.

Api mengikut maksud mula2x aku kenal.



sejenis benda yg boleh dibuat masak2x, & menghapuskan sampah sarap & semak samun sehingga terwujudnya jabatan persekitaran utk menyaman org yg berbuat demikian supaya org tu tak nyaman lg nak bakar sampah.
Api juga blh digunakan sebagai sumber paling murah untuk mudah melihat diwaktu malam. sebagai contoh api lilin, Api lampu minyak tanah Dll kekreatifan org.
Pada Asalnya mengikut yg Aku pernah dgr, Api didunia ni terjadi dr petir. Wallahua'lam (akan dibincangkan selepas ini)

Api mengikut Hiburan

Api yg terbaru aku tahu dalam dunia hiburan  ialah kumpulan Api yg nyanyi lagu pelita tu. kumpulan tu terdiri dr Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran OBS,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers. cuma Api tu juga digunakan di pentas2x masa perform mcm KRU pernah buat masa anugerah juara lagu.


Ada juga sebuah kartun jepun yg menggunakan Api sebagai sumber kuasa sesetengah watak. contohnya kartun Naruto. watak yang terkenal suka menggunakan kuasa Api adalah sasuke. skg ni sasuke dah buat Api warna hitam yg takkan padam dgn kehendak mata dia yg digelarkan AMETARASU. (dah mcm Api neraka gak bunyinyakan? akan dibincangkan selepas ini)

Api mengikut Agama

Apa yg aku dpt, Apa sahaja makhluk terdapat unsur api. Lagi2x Iblis dan syaitan Laknatullah. sebab 2 jenama makhluk ni memang 100% api. tetapi ada juga menceritakan ada makhluk yd terdiri dr bahan selain api, contohnya makhluk jin yg ada mengatakan spesis jin ni ada yg berunsurkan Angin. WALLAHUA'LAM. Ada satu kisah seorg paderi yg memeluk Islam setelah 5 soalannya dijawab dgn 5 pelempang beserta ulasan. salah satunya kenapa Iblis & Syaitan dr Api dimasukkan keneraka yg unsur Api juga? jawapannya selepas paderi tu dilempang.

PANG!!!
paderi: Apasal ko lempang aku?
Ustaz: Aku asal tanah, ko asal tanah. sakit tak tanah lempang tanah?
Paderi: sakitla.
Ustaz: jd klu Api neraka lempang Api Iblis & Syaitan mestila lg sakit.

Selain itu, Dalam Agama Islam juga ada menceritakan Api neraka itu merupakan Api yang bewarna hitam kerana telah diasah semenjak terciptanya neraka tersebut. so jgn ingat masuk neraka tu terang benderang k? dah la dlm kubur gelap, masuk neraka pun gelap.

berikut adalah kisah bagaimana Api diwujudkan didunia kita.


KISAH API NERAKA KE DUNIA

Diceritakan dalam satu hadis ketika Nabi Adam A.S mula ditempatkan di atas muka bumi ini. Maka ketika hendak memakan sejenis makanan teringin lah Nabi Adam untuk memasak makanan tersebut. Setelah buntu memikirkan bagaimana ingin mendapatkan sumber api, akhirnya Nabi Adam memohon kepada Allah melalui utusan Malaikat Jibril. katanya ” Bawalah aku sedikit api dari neraka untuk ku memasak. Cukuplah sebesar sebiji kurma api tersebut”..pinta Nabi Adam kepada Jibril. Maka mengadaplah Jibril bertemu Allah dengan menyatakan hajat Adam tersebut.
Setelah mendapat jawapan daripada Allah Jibril turun semula ke bumi bertemu Nabi Adam. ” setelah ku ceritakan hajatmu itu kepada Allah, permintaanmu itu tidak diperkenankan olehNya”. Jibril berkata lagi.. “Sekiranya aku membawa kepadamu sebesar biji kurma api yang kamu pinta itu Allah menyatakan maka akan hancur binasalah mukabumi ini dan juga tujuh lapis langit ini”, jelas Jibril kepada Adam. Maka dengan perasaan sedikit hampa Nabi Adam berkata lagi, “jika begitu, cukuplah bawakan aku setengah biji kurma daripada api itu”.
Setelah itu, Jibril kembali menemui Allah dan menyatakan hasrat sebagaimana yang dipinta oleh Nabi Adam tadi. seketika, Jibril turun semula dan menemui Nabi Adam. “Wahai Adam, permintaan mu juga tidak diperkenankan oleh Allah. Jika aku bawakan api itu walaupun sebesar biji kurma yang dibelah dua, maka akan hancur seluruh isi bumi ini.”
Kemudian diceritakan lagi, Nabi Adam memohon, “kalau begitu  tolong bawakan aku cukuplah percikan api tersebut untuk kegunaanku” Jibril kemudian melakukan perkara yang sama sekali lagi bertemu dan mendapatkan keizinan daripada Allah SWT. Setelah mendapat jawapan daripada Allah maka Jibril sekali lagi bertemu dengan Nabi Adam dan berkata. “wahai Adam. percikan api yang kamu minta tersebut jika diturunkan ke atas muka bumi ini akan menyebabkan kehancuran seluruh gunung ganang ini.”
Kebuntuan permintaan Nabi Adam tersebut setelah dipohon dan diperkenankan oleh Allah sebagai keperluan api di muka bumi ini, akhirnya percikan api tersebut dikisahkan direndam di dalam tujuh lautan dengan suatu tempoh masa yang sangat lama (lupa berapa lama) yang mana akhirnya tahap kepanasanya adalah sepertimana api yang dikurniakan oleh allah seperti hari ini. Bayangkan bagaimana kedasyatan dan kepanasan api di dalam neraka yang sama sekali tidak dapat digambarkan dengan mata kepala kita pada masa kini. (sumber di petik daripada kuliah maghrib - Masjid Abidin - 3 Apr 2011- Kuala Terengganu sebagaimana yang diingat oleh penulis.] sekiranya terdapat sebarang ralat sila rujuk kepada ustaz dan betulkan juga saya) & (http://mahadikaizen.com/2011/04/04/kisah-api-neraka-ke-dunia/)
Related Posts with Thumbnails