Ini Blog Saye

Monday, March 14, 2011

ekspidisi gunung Datuk kali ke 2 gambar snap sendiri

Alhamdulillah. org pertama lelaki sampai puncak. cuma kalau ikutkan Ada perempuan French dah sampai dulu. tp dia ingat puncak jauh lg. dalam 20 meter nak ke puncak dia rehat kat batu tu tunggu Team sampai. Faiz sampai Ajak dia naik puncak & Faiz terus lari supaya Faiz sampai dulu. Hahahaha. Mcm tak Aci. Tp masa 1st time naik dulu dapat no corot gak. sampai jd zombi kat puncak ni pasal kepenatan. Dahla masa ni kena cirit-birit.
Dendam terlerai. masa kali pertama dulu letih sgt & tak tahu pasal Ada tapak yg dikatakan Tapak Hang Tuah ni.pic pertama Aku dgn tapak ni. seram tau. sebab Tapak ni sikit lagi nak sampai Hujung Batu Atas gunung. Dah la Aingin Kuat. Silap Sikit "I believe I can't Fly".
Alamak Kantoi Pipi tembam. hehehe. ha tgk cuba nak ambil Gambar sendiri. Seram betul masa Ni.Takut Hp tu jugak yg terbang kena tiup Angin.
Adjust sikit kedudukan kamera. hehehe. Ni pun kantoi muka gelabah hahaha. takut wooo masa ni. gayat2x.
Ok. yg ni blh la accept kegayatan tu. Bayangkan klu Hang Tuah Buat Rider Kick Hinggap kat muka Faiz. tak ke bekecai Muka Dibuatnya.
Cuba beranikan Diri ukur dgn Kaki sendiri. Kecil jer Rupanya Tapak Hang Tuah. Besar Lg Kaki Faiz. Tp Kaki faiz jgn Harapla nak buat batu ni berlekuk sampai Jd mcm ni Kat Batu tu. Memang Padu. Kaki Kecil Yg membunuh (Ayat dr filem shaolin soccer)
 Dgn Baju yg dah lama Tak pakai. minta kwn2x Adik seguru perempuan tlg Ambilkan Gambar. hehehe Macam Hantukan? Hantu Gunung Datuk.
Cehhh. konon Ninjala. 2 kali tgk mcm Pocong. eeeeuhhh. seramlak klu tgk Ada Jin menyamar Mayat Faiz dalam bentuk Pocong. bila dah meninggal nanti.
Camera trick. Faiz tak terbang tau. Tp batu ni memang senget. Tergelicik sikit alamat Jatuh Kebawah. Bukan Jatuh Keatas. wahahaha
Ready nak turun Gunung. 1jam 30 minit Ambil masa. yg sebenarnya nak gempak dgn Kain kat celoreng hijau kat poket tu. berlagak. hahaha. dahla malam tu nak cari kubur lama seperti yg diceritakan seseorg yg power punya pasal tiba2x Ada yg jwb Assalamu'alaikum. menoleh gak kebelakang. nasib baik diiringi org muda yg power jugak. buat malu jer. wahahaha. Ok. nanti nak post Gambar yg org Ambil pulak.

Friday, March 4, 2011

PEnemuan terbaru. fosil2x.

4/3/11 Malaysia bakal digembarkan dgn penemuan Fosil yg dipercayai terdiri dari tulang2x Ikan air tawar. tulang2x tersebut akan dihantar kemungkinan dipusat perlupusan kerana ditakuti akan mengganggu ketenteraman awam. Ada kemungkinan tulang tersebut kini dihantar pada sejenis hidupan yg gemar membuat kuih dimana pun hidupan tersebut sempat. Gambar dibawah menunjukkan fosil2x yg ditemui.
Fosil menunjukkan kemungkinan berlaku pergaduhan sebelum kedua2x mati ditempat kejadian

Kelihatan sebuah kren sedang mengangkut serpihan2x pasir yg menutup fosil
Antara fosil2x yg dijumpai ditempat tersebut.

Thursday, March 3, 2011

Soalan Bocor Dalam kubur.

Soalan yang akan ditanya di dalam kubur bukanlah suatu yang asing bagi orang-orang Islam, bagaikan "soalan bocor" ia selalu diulang-ulang setiap kali "TALQIN" dibacakan di atas kubur. Talqin yang di bacakan yang ditujukan kepada simati, sepatutnya jadi pengajaran kepada mereka yang hidup supaya menjalani hidup dengan penuh keinsafan. Sewajarnya mereka dari kalangan yang hidup yang sama-sama mendengar talqin itu dibacakan, hendaklah memuhasabah diri, sejauh mana jawaban yang akan diucapkan nanti (jika sampai ajal) adalah BENAR. Kerana adalah mustahil kita dapat menipu Malaikat NUNKAR dan NAKIR. Bahkan bagi mereka yang hidup dengan "Maksiat" dan "Kezaliman" dikatakan (ulama) langsung tak dapat menjawab, sekalipun semasa hidupnya dia telah berlatih dan menghafalnya. Adalah yang dikatakan yang akan menjawab segala soalan itu ialah "Amal Kita", sedangkan mulut kita dikunci.
Mereka yang hidup dengan "Maksiat,Derhaka kepada Allah dan Rasul" serta melakukan "Kezaliman" semasa hidupnya, biasanya memperlekehkan perkara ini. Konon-konon mereka boleh menjawab dengan lidah mereka seperti "Di Mahkamah dunia". Ataupun mereka langsung tak mempercayainya yang menyebabkan mereka ini terkeluar dari agama Islam (Murtad). Tetapi, samada mereka percaya atau sebaliknya, itu adalah sesuatu yang "WAJIB" diimani. Bukan sahaja agama Islam, bahkan seluruh agama didunia ini turut mempercayainya. Orang yang tidak beragama juga hanya berjaya menyangkal dengan lidahnya sahaja sedangkan hatinya (yang dikawal oleh Allah) mengakuinya.
Berikut adalah contoh soal jawab di dalam kubur antara Dua Malikat dengan mereka yang Maksiat dan melakukan Kezaliman semasa hidupnya, yang kononnya mereka mahu menipu Malaikat sepertimana yang boleh mereka lakukan di Mahkamah dunia. CATATAN : INI ADALAH SEKADAR CONTOH
Soalan Pertama:
Malaikat : Wahai Folan Bin Folan (Mayat) Siapakah TUHAN mu ? Catatan: Orang yang beriman akan menjawab (melalui 'Amalnya') Allah Tuhanku. Selain dari yang beriman tidak akan dapat menjawab apa-apa. Lalu dipukul dan dipalu. Dia akan terus ditanya dan terus dipukul dan dipalu hingga hari Kiamat. Konon-konon : SiMahaZalim menjawab: (semua yang berikut adalah kononnya DIALOG antara Malikat dengan siMahaZalim)
SiMahaZalim : Allah Tuhanku !!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Di dunia kamu telah bertuhankan HAWA NAFSU, kamu bertuhankan HARTA, bertuhankan KUASA bahkan kamu menganggap diri kamu sendiri adalah tuhan yang berkuasa segala-galanya.(Lalu ia dipelangkong)
Soalan Kedua:
Malaikat : Siapakah NABI mu ?
SiMahaZalim : MUHAMMAD (S.A.W) adalah NABI ku!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia engkau bukan sahaja tidak mengikut sunnahnya bahkan engkau telah mempersendakannya, jubahnya, janggutnya. Kau jadikannya bahan gelak ketawa dengan mengatakan pisau cukur tidak terdapat dizaman Nabi menyebabkan Baginda tidak mencukurnya. (Lalu ia akan dipelangkong lagi)
Soalan Ketiga:
Malaikat : Apakah AGAMA mu ?
SiMahaZalim : ISLAM adalah AGAMA ku!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Bohong! Semasa di dunia kamu cukup berkuasa untuk melaksanakan Hukum dan Undang-undang Islam, tapi kamu lebih mengagongkan hukum sivil dan undang- undang British. Apabila ada Parti Islam mencadangkan dilaksanakan Hukum Hudud, kamu telah memperlekehkannya dengan mengatakannya tidak sesuai dilaksanakan di dalam negara kamu yang berbilang kaum dan berbagai agama. Kamu juga telah mengatakan jika hukum Hudud dilaksanakan akan mundurlah umat Islam kerana ramai yang kudong tangan dan kaki. Kamu juga telah mengatakan (sambil ketawa kelucuan) kalau nak makan sup tangan dan kaki manusia silalah ke Kelantan (dan sekarang tambah satu Terangganu tahun 2004 seluruh Malaysia Insya Allah).Kamu juga mengatakan adalah mustahil untuk mendatangkan saksi seperti yang dikehendaki oleh Islam (dalam kes DSAI) lalu membolehkan mereka yang dipertikaikan kesaksiannya menjadi saksi tuduhan LIWAT dan ZINA.
Catatan:Dalam hal ini, kita juga harus menyanya diri kita, Benarkah kita mengaku ISLAM? Apa kita nak jawab jika ditanya Malaikat : Kamu mengaku Islam, tapi kamu tidak memperjuangkan Islam. Dah ada Parti yang memperjuangkan Islam agama yang kamu yakini dan percayai boleh menjamin KEADILAN kenapakah setakat nak jadi AHLI sajapun kamu takut? Kamu lebih suka ATAS PAGAR? (soalan inilah menyebabkan penulis mengisi borang keahlian PAS).
Soalan Keempat:
Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!
SiMahaZalim : Al-Quran adalah Imam ku dan ikutanku.!!!???%%%$$$
Malaikat : Kamu Berbohong! Yang kamu ada ialah hanya mengadakan Musabaqah tahunan Al-Quran sahaja. Segala panduan dan isi yang terkandung di dalamnya kamu perlekehkan. Kamu juga telah mencadangkan supaya Al-Quran ditafsir semula (mengikut hawa nafsu) sehingga ada yang tidak nampak sebarang dalil mengenai pengharaman JUDI. Kamu juga menafikan tentang 'Aurat' yang disebutkan oleh Al-Quran dengan mentafsirkannya mengikut kemahuanmu sendiri (hingga isterimu sendiri tak menutup aurat demikian juga anak-anak mu). Kau katakan Hukum Hudud yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai Hudud PAS (tujuan menghina)
Catatan : Aurat Isteri dan anak-anak kita bagaimana ?
Soalan Kelima:
Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?
SiMahaZalim : SAUDARA ku ialah sekelian Muslimin dan Muslimat!!!???%%%$$$ Malaikat : Kamu Bohong! semasa di dunia kamu lebih suka bersaudarakan mereka yang memusuhi agama Allah, musuh Allah. Kamu jadikan mereka sebagai kroni-kroni yang mendapat pembelaan sepenuhnya dari kamu dalam apa jua keadaan. Bahkan kamu telah bersekongkol dengan mereka dalam KONSPIRASI menjatuhkan, mengaibkan serta menghukum SAUDARA sekelian muslimin dan muslimat iaitu DSAI. Kamu reka cipta segala bukti PALSU semata-mata memuaskan nafsu serakah mu. Datuk Harun Din,TG Nik Aziz, TG Hadi Awang, Datuk Mufti Ishak Bahrom dan lain-lain yang memperjuangkan Islam itu sebenarnya saudaramu tapi telah engkau musuhi mereka demi HARTA DAN KUASA. (lalu dipelangkonglah lagi dan lagi..)
Catatan : Kerana merasa bahawa mereka (yang berkenaan) itu masih taraf saudara(?), saya tergerak menulis 'article' ini. Kerana masih "Husnuz Zan" mengharapkan mereka SEMUA insaf dan BerTAUBAT bukan hanya TAUBUAT.
Selamat BerTAUBAT untuk semua, dan cukuplah TAUBUAT untuk mereka yang ZALIM dan marilah sama-sama BerTAUBAT marilah! marilah!
Catatan : Maka terlerailah rasa bertanggungjawab untuk memperingatkan sesama muslim setelah selesai menghabiskan 'article' ini untuk peringatan kepada semua MANUSIA.
LEGA RASANYA


Bagi org yg Beriman, Jawapan tersebut akan sediakala berada dalam Ingatan Dan jawapan tersebut Akan diterima Bulan2x INSYA'ALLAH

Tuesday, March 1, 2011

kuliah blogger 1 (2/03/11)

utk pasangan suami isteri yg nk erat kn kasih syg
baca surah as syura ayt 19 sebyk 19 kali..
baca & tiup d ubun2 kepala....
jgn selalu mengeluh & ungkit2 tiap kali timpa musibah hukum nya haram & brdosa..
ibarat mcm kita mengeluh &ungkit2 tu cm marah Allah jer...
pas tu d bg nya doa masa d timpa musibah...
doa utk sakit kepala..
surah al waqiah..

hikmah musibah : 1 hapus dosa
2. d tinggi & d angkat kn darjat 
3. dpt pahala xtra

cara terima : 1. redha 
2. igt org lain de lebey teruk dr kita
3. senantiasa brpandangan baik dgn Allah
sekian tQ..kuliah part 1...
Related Posts with Thumbnails